2007 October 31st
Paper first exam aku, subjek Software Project Management (SPM), macam bedebah dia punya susah. Soalan kemahiran berfikir kritis dan kritis belaka. Aku rasa pensyarah sendiri pun terbahak – bahak tidak pandai nak menjawabnya. Merentasi pemikiran aku punya soalan.
Contoh Soalan Bedebah:
The Monte Carlo technique can be used to :
A. Determine the amount of contingency budget need for the project
B. Determine the amount of the management reserve
C. Determine the critically index for an activity in the schedule
D. Determine the risk index for a risk in the project
E. Harem aku tak paham soalan
Nah… Jawab jangan tidak jawab. Litar F1 Monte Carlo aku tahu la, pasal aku pernah pekena tea ‘o’ strawberry dekat kedai simpang Pakcik Robinson Ford sana. Aku pun nyaris – nyaris terfikir soalan ini persis filem The Count of Monte Cristo atau dalam bahasa ibunda Perancis, Le Comte de Monte Cristo novel aksi karangan Alexendre Dumas. Tidak keruan, lelah, semput nak terkincit semua ada ketika nak jawab soalan objektif itu, kerana budaya tenyeh semacam kat kertas OMR bukanlah tabiat aku.
2007 October 30th
Minggu ini dan minggu lepas aku rasa aku sudah attempt 5 open house secara tidak sengaja. Memang rezeki aku la rasanya makan free. Lorong perumahan aku ini memang semangat kejiranan dan rukun tetangga ini memang jitu. Tidak kira la kami ini hanya sekadar penuntut yang pasif menyewa di kawasan kejiranan meraka, meraka tidak lupa menjemput kami ke rumah meraka. Padahal meraka sedia maklum, rumah sewa kami memang tiada tong gas dan dapur, malah peti ais jauh sekali la ada. Jadi sumber makanan kami hanyalah di kedai – kedai makan jalanan dan mamak. Sekali sekala kami dapat la jugak ehsan dari jiran – jiran terdekat kot – kot ada makanan lebih ke.
Pada pendapat aku budaya umah terbuka ni patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia terutamanya yang tinggal di taman perumahan dan sudah berkeluarga serta berkemampuan. Ini dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama lain dan tidak secara langsung dapat mengeratkan silaturahim. Tetapi kepada jejaka bujang macam kami yang hanya menyewa sementara dan hidup hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN tidak digalakkan untuk membuat rumah terbuka kerana khuatir akan terdedahnya rumah kami yang agak bersepah persis bersepai. Makanan pun tiada macam mana la nak buat rumah terbuka. Tetapi tiada salahnya untuk cuba – cuba test market kalau berkemampuan.
Terima kasih kepada pakcik – pakcik dah makcik – makcik yang tinggal di Taman Tasik Utama terutamanya penduduk lorong TU 25 yang begitu mesra dan pemurah kerana tidak lupa menjemput kami makan percuma tatkala dompet – dompet kami ketika ini tidak berapa nak ada duit. Maklum la akhir – akhir semester.
2007 October 29th
2 kali aku pergi bermain futsal dalam minggu ni. Tetiba aku rase macam cergas je sekarang, tahap permainan aku, dah boleh diiktiraf sebagai semi pro tatkala persatuan bola sepak Malaysia masih mencari formula terbaik untuk memperbaiki mutu permainnan yang masih ditakuk lama, walaupun bergelar pemain pro. Kalau takat Indra Putra Mahyudin tu, aku gentel sebelah kaki pastu aku siku sekali, mesti hilang panduan terus.
Player umah sewa aku sejak kebelakangan ini semakin mantap prestasi hasil dari traning intensif 2@3 kali seminggu serta berbekalkan semangat Mohktar Dahari yang meluap – luapan. Walaupun ada serba sedikit kepincangan yang melanda, and kadang – kadang main macam bedebah juga, tetapi secara keseluruhan not bad try again. Kalau takat lawan Bukan Team Biasa dalam Gol and Gincu tu, memang kena ayam – ayam.
Kami bermain menggunakan formula Samba Brazil dan gaya serang kami juga agak mengelirukan ala – ala K. Sambagamaran mengakibat ramai mamat – mamat team lain yang tunggu turn kat luar padang futsal berbisik sesama sendiri, aku tau mesti diorang kecut dan teruja. Main malam tadi sempat jugak aku terima sedas tendangan tonjol jitu dari En Shafful Shazwan, kena spek mata aku, lebam sebelah mata. Sampai sekarang berdenyut – denyut lagi. Harem betul, main clear je bola , kalo padang besar stadium takpe la jugak nak clear sepenuh jiwa dan raga. Clear dah la ala – ala buat main rugby. Dinasihatkan main futsal jangan terlalu emosi dan beranggapan anda macam seorang player yang pro abis.
Kesimpulan, corak permainan dah bertambah mutunya cuma yang aku khuatir sekarang ni, stamina rata – rata player umah aku memang semput dan moral cepat down. Ada ketika main emosi gila sampai sumer kaki orang dia nak sauk belaka yang mana sempat. Time – time tengah sugul dan lesu, main sejam pun dah mengah tak cukup nafas, mana tidak perokok tegar belaka. Rokok Saat plak tu.
2007 October 27th
Disebabkan keprihatinan aku dalam persekitaran masyarakat Malaysia ni, aku terpanggil untuk turut serta kempen yang dijalankan oleh Melayu Minimalis. Aku bersetuju dengan pendapat brader tu, orang Malaysia terutama remaja muda mudi ni kebanyakan nya yang mau pakai mahal – mahal up to 1k ++ kalau boleh nak satu kampung dengar bunyi telefon dia. Even dalam kereta pun kalau boleh nak orang naik kereta sebelah dia pun dengar sekali ape dia cakap dan secara automatik akan memandang kepada telefon beliau ketika menunggu que bayar tol, lalu berbisik di dalam hati. “Bapok canggih henset apek tu….bila la aku mampu nak bergaya dengan henset cenggitu”

2007 October 26th

Ada orang foward email kat aku, aku tak tau samada Mohd Yunus ni betul – betul gersang or ada orang cuba memperkotak -katikkan mamat ni. Kalau kot – kot rase berkenan try la kontek no hp tu, Aku rase Mohd Yunus ni baik hati, dia tak kisah wajah rupa paras korang macam botol taucu, mahupun Naomi Campbell, tak lawa tak pa…. janji baik hati. Renung – renungkan….
2007 October 23rd

Kalau anda kaki lepak depan TV dan suke main remote control Astro, ada satu rancangan tv di 8TV, drama bersiri tajuk Kami
KAMI ialah tajuk yang diberi kepada sebuah siri drama televisyen Malaysia yang merupakan komponen utama dalam projek KAMI yang dilancarkan oleh Nokia (Nokia yang sponser ni) untuk melariskan pemuzik indie tanahair. Siri terbitan Red Communications ini disiarkan di 8TV setiap Rabu, 10 malam mulai 5 September 2007. Siri TV KAMI dibintangi Liyana Jasmay (Lyn) , Ezani (Ali) , Juliana Evans (Sofie) , Nas Muammar Zar (Abu) dan Ani Zayanah Ibrahim (Adii).
Lyn ialah seorang gadis sekolah menengah yang meminati muzik indie dan berusaha untuk membantu mempopularkan muzik berkenaan dengan menerbit fanzine sendirinya yang bertajuk KAMI yang dibiayai melalui cara-cara yang luar biasa. Namun, cabaran paling getir menemui Lyn apabila dia sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur semata-mata kesalahan yang dilakukan Lyn sendiri. Setibanya di ibu kota, dia menemui empat orang kawan baru yang menghulurkan tangan mereka kepadanya untuk mencapai impiannya.
Oleh sebab empat kawan itu juga mengalami konflik peribadi sendiri, mereka berlima sedar bahawa mereka menjejaki jalan yang sama untuk mengenali diri dan tidak dapat lagi mengelakkan diri daripada meragui diri, hubungan, tekanan ibu bapa dan ketidakpuasan hidup dalam kebasian pinggir bandar. Oleh sebab tanggungjawab dewasa makin dekat untuk membebankan mereka, lima sekawan itu bersyukur kerana ada satu benda yang meringankan hati mereka – persahabatan mereka – dan iringan muzik yang melambangkan saat-saat paling mengelirukan dalam hidup mereka, iaitu usia remaja.
Apa yang best pasal Kami ?
- Ada banyak adegan di dalam kedai buku and kedai kaset CD (Satu elemen yang jarang pengarah Malaysia terfikir nak buat since, ya la, ramai pengarah Malaysia pun tak suka membaca buku – haah, ni mesti Yusuf Haslam baca ni, mesti makan hati pas ni)
- Walaupun citer Kami ni banyak jugak memaparkan scene gejala sosial ni, contohnya mencuri roti di kedai runcit mamak, tapi kalo anda manusia yang kental dan pemikiran tajam dan sinikal, pasti anda dapat judge mana yang baik dan buruk serta mana yang boleh diikut
- Gig dan muzik underground. Jarang difokuskan 2 benda ini dalam produksi Malaysia, takut disalah tafsir plak kang, Black Metal la, sembelih kambing la ape la. Al maklum la, scene perfileman dan drama kat Malaysia ni kalau silap tayang sikit, kena gam. Balik-balik nak tunjuk artis Malaysia yang konon mainstream sana sini, koyak sana sini, ling bling. Bodoh punya pengarah. Antar band yang penah kuar dalam drama ni ialah Bittersweet, Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Moms On Strike, Love Me Butch, The Times, Couple
- Zine pun ada. Inilah masa menyedar orang-orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Baba and Nyonya yang tinggal dalam dunia nyata dan hanya menerima bulat – bulat konsep Islam Hadhari bahawa zine bukan bermakna benda subversif, negatif atau benda rosak akhlak sahaja. Walaupun ramai remaja sekarang more into blog.
- Respect each other and elders. Kebanyakan karekter utama dalam drama ni kalau nak keluar rumah mesti mintak izin ibubapa, paling tidak pun akan cakap “Mak, Adii keluar dulu…” berbanding drama-drama mainstream Melayu lain yang sejak akhir-akhir ini banyak pulak karakter anak kurang ajar dan menderhaka. Contoh adegan kurang ajar : Sila tengok citer Sembilu Kasih or Janji Diana
- Sofie atau nama sebenar Juliana Evans pepalih comel dalam citer ni. Mesti korang terpesona melihat keayuannya
- Dialog dalam drama ni sempoi and bersahaja sahaja, tak macam hafal dialog. Contoh drama yang nampak sangat hafal dialog : Gerak Khas
- Ali watak dalam citer ni dia pakai keta Volvo lama yang macam keta kebal tu, aku minat gak keta Volvo oldschool tu.
So kesimpulannya, korang try-try layan citer ni, aku rase antara drama yang boleh kata bermutu dan tidak skeptical and streotype seperti drama-drama melayu yang lain yang hanya mengisarkan konflik percintaan dan rumah tangga yang tak sudah-sudah, ada je benda yang nak digadohnye.
Untuk info lanjut sila layari : http://www.projekkami.com