2007 November 29th
Semenjak kebelakangan ini, aku cenderung untuk mencuba dan bereksperimentasi sesuatu yang agak baru bagi aku. iaitu menggabungkan foto dengan vector. Aku rasa macam teruja pula bila aku gabungkan foto dengan design vector yang aku buat, dan apabila aku melihat balik hasilnya, seakan-akan aku hidup dalam vector! Seperti segala yang aku imaginasi selama ini dapat aku luahkan dalam satu bentuk medium yang dapat aky lihat balik hasilnya. Rasa macam menarik pula bagi aku. Bagi anda semua, aku tak berapa pasti samada rasa sedap ke tak dengan vector graphic ni. Seingat aku, aku bermain-main dengan Illustrator ini, mungkin dalam 2 tahun rasanya, itu pun banyak lagi function yang aku tak exlplore dan belum master lagi.
Aku suka bermain-main dengan warna. Bila nampak sesuatu yang berwarna-warni dan harmony, contohnya ketika aku ternampak grafiti pada dinding, poster, banner dan iklan-iklan, mesti aku aku perhati lama-lama dan fikir macam mana nak hasilkan sesuatu seperti grafiti, poster, banner dan iklan tersebut. Kalau boleh hendak nampak lebih stylo dari itu. Secara tidak langsung dapat memberi idea dan ilham pada aku. Sekarang ini pun, banyak website artist vector yang memang gila power, sedikit sebanyak ada juga aku ambil idea daripada hasil karya mereka dan hasilkan mengikut idea aku pula. Susah sebenarnya nak terbitkan idea-idea yang bernas. We have to learn from environment, situations, experience, nature and human civilization.
Entah la, dari kecil sampai la besar ni, aku minat benar dengan warna. Masa aku kecil dahulu, bila nampak pelangi, mesti aku lepak dulu renung lama-lama pelangi tersebut sampai pelangi itu hilang. Bila dah besar sekarang ini, jarang pula aku nampak pelangi. Mungkin warna-warna pelangi itu lah yang memberi sumber inspirasi aku agaknya.

Example : Gambar kembar aku dengan pose paling tampan

Example : Gambar entah tak tau sapa ntah.
Hasil-hasil experimentasi aku menggabungkan foto dengan vector. Much more to enhance and have many more room for improvement.
You can download all these 3 Illustrator format file here. Make your own vector graphic. Try and learn guys.
Ps : (Anda boleh alter ikut sesuka hati anda)
2007 November 27th
Vector graphics (also called geometric modeling or object-oriented graphics) is the use of geometrical primitives such as points, lines, curves, and polygons, which are all based upon mathematical equations to represent images in computer graphics. It is used in contrast to the term raster graphics, which is the representation of images as a collection of pixels, and used as the sole graphic type for actual photographic images.
Satu perkara yang menarik mengenai vector ialah, tidak kira anda maximize zoom sebanyak mana pun, kualiti grafik vector akan tetap sama tanpa ada pixel yang pecah-pecah dan tidak sharp

Coming up next : Illustrator Tutorial and article about Basic Graphic Knowledge
2007 November 26th

Berkat kesungguhan dan rasa kebosanan aku ketika cuti semester ini, mendorong aku untuk membuat anjakan paradigma dengan mencabar diri aku untuk menghasilkan design yang lebih rumit. Hampir 3 jam aku mengadap Illustrator sambil berimaginasi dan ini lah hasilnya. I think this is my best artwork at this moment.
So, can’t wait anymore? Grab this brand new The Popshov wallpaper. 1280×800 (Wide Screen)
Also check out my lattest banner design. Feel free to donload as a “rujukan”

Ps : (Click the artworks for enlarge)
2007 November 26th

Design for the next UrbanCollective issue : Money
Duit? Aku duit sudah makin kurang. Keluar banyak, masuknya kurang. Aku pun pening pikir lama-lama pasal duit. Hari-hari aku belanja pun aku tak sedar, tup-tup wallet dah kering. Nampaknya pengurusan wang aku masih belum betul-betul mantap lagi. Money + Passion + Excited + Short Term Thinking = Loser Dunia sekarang kalau tiada duit, memang anda semua tidak boleh hidup. Sekarang nak berak kat tandas awam pun sekarang dah naik 50 sen, barang runcit tepung minyak gula garam semua rasa macam nak naik. Kedai mamak Subaidah pun sekarang dah pandai naik harga. Tea Ais mahu naik RM1.80, herem punya mamak, mentang-mentang kedai maju dah kaya. Bill Astro naik, petrol memang soheh naik punya, parking semua nak kena bayar, kalau tidak kena saman. Saman pakai apa? Pakai duit juga. Nak tackle anak makcik Warung Anda? Nak tak nak kena ada duit juga. Pendek kata hidup mesti mau ada duit kerana . Tapi apa kejadahnya aku makin takda duit ni?
Ps : (Aku student, tiada kerja, duit pun segan-segan nak ada dalam wallet, Adsense/Adverlets tak berapa nak masyuk income. hoho)
2007 November 26th
Sejak aku mula cuti semester ini, hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti duduk melangut santai sambil pekena pelbagai jenis dan genre drama tempatan mahupun luar negara. Macam-macam jenis drama aku layan, dari drama Tamil, Telenovela, Sinetron, drama Siam sehinggalah drama Tagalog Filipina. Kalau anda nak lebih rasa Pan Asian, aku cadangkan anda semua layan Astro Ria, Prima, Aruna, Kirana, Oasis, Wah Lai Toi dan Vaanavil. Banyak sangat dah siarannya. Tidak lupa juga, kadang kala aku melayan program realiti TV terbaru Astro, Sehati Berdansa. Melihat telatah suami isteri pasangan artis berjoget tak hengat dunia diselang-seling dengan gerakan tarian yang agak menguirkan. Tidakkah mereka malu walaupun suami isteri tetapi membiarkan satu Malaysia melihat bini mereka terkinja-kinja menari? Ish…ish…. Apa kejadahnya.
Aku sekarang asyik benar melayan drama, mungkin sebab itu saja aktiviti yang aku rasa macam ilmiah yang boleh aku buat. Pagi, petang siang malam, asalkan ada drama, aku layan semacam. Banyak juga yang aku perhatikan hasil dari proses tontonan drama ini. Kadang-kadang ada juga lawaknya, mencuit hati aku yang susah nak kena cuit ini. Tapi macam biasa, drama Malaysia banyak yang berkisarkan tentang cinta selalunya. Tidak kira cinta budak sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi serta cinta Dato’ dan Datin. Gaduh, kelahi, pastu pujuk-pujuk sikit, pastu baik semula, pastu gaduh balik, konflik cinta yang tidak sudah-sudah dan bila sampai episod akhir, baru baik semula dan hidup bahagia sampai ke hari tua.
Itu lah secara kasarnya kisah cinta drama melayu masakini. Sudah tiada idea lain agaknya pengarah-pengarah drama sekarang ini. Banyak lagi idea yang boleh dibuat drama. Contohnya, sudah ada pengarah buat drama berbentuk kepolisian, cuba la buat drama berbentuk kebombaan ke, ketenteraan ke, kedoktoran, kecikguan, kenelayanan, kemekanikan, kejuruterbangan mahupun magik super power ke ape ke kan. Pelbagaikan genre drama. Cuba la buat stail ala-ala Series Heroes tu ke, Band Of Brothers ke, teruja la juga hendak melayannya. Buat versi nusantara punya, bukankah menarik ? Tapi pastikanlah kesan khasnya juga kena mantap, kalau setakat macam Impak Maksima punya kesan khas, aku khuatir kena gelak sajalah melihatnya.
Kesimpulanya, scene drama Malaysia ini masih banyak yang perlu diperbaiki walaupun dari pemerhatian aku, sudah banyak perubahan yang cuba diketengahkan serta jalan cerita yang semakin dramatik. Aku takda la mengutuk sangat, sebab bukannya senang nak buat drama. Kalau bagi aku buat drama, rasanya harem semua lapisan masyarakat menyumpah tanpa henti. Cuma keep it up good works, buka mata anda luas-luas. Aku sentiasa menyokong perkembangan scene drama di Malaysia. Majulah drama untuk penonton.
Antara drama-drama stereotaip yang aku layan:
- Makmak Forensik : D10 (CSI la kononnya)
- P.S.I : I Miss U (Drama Cina)
- La Mujer En El Espejo (Telenovela)
- Putri Yang Terbuang (Sinetron)
- Banyak lagi ( Sila sambung sendiri)
Ps : (Drama oversea layan juga, tapi jangan dilupakan drama local supaya dapat mencapai tahap glokal. Paham ke tidak maksud glokal tu, aku main taip je?. Hoho)
2007 November 18th
Petang semalam aku bosan tahap gila, tak tahu nak buat apa, macam-macam aku surfing, akhirnya dengan tidak semena-menanya aku tergerak hati nak submit karya illustrator aku di website Urban Collective. Untuk pengetahuan anda semua, Urban Collective merupakan sebuah designer community website yang bertujuan mengumpul semua karya perekabentuk grafik dari seluruh pelosok dunia bagi menunjukkan bakat kreatif mereka disambil bertukar-tukar idea dan pendapat. Setiap bulan Urban Collective akan mengumumkan satu issue/topik untuk para pereka grafik mencipta hasil karya mereka berdasarkan issue untuk bulan tersebut. Setiap hasil karya yang difikirkan menarik dan bermutu akan dipaparkan dan di “rating ” kan
Aku saja nak cuba-cuba submit aku punya design, mana lah tahu, kot-kot terpilih akan dipaparkan untuk tontonan dalam website Itu. Jadi aku pun seperti biasa main-main Illustrator yang aku gemari. Aku edit balik dialog dalam salah satu design Popshov aku. Kebetulan pada masa sekarang, issue untuk Urban Collective ialah Paradise City. Aku pun rasa macam sesuai je untuk aku submit, lantas petang semalan aku dengan bangganya submit design pertama aku kepada Urban Collective dan pagi tadi aku bangun tidur, usha-usha dah approve aku punya design. Teruja dan terkasima aku seketika. Siap jadik Top 8 lagi tu.. Hope, i will give my best shot to improve my desiging skills in the future. First step will influence you to be better and better. Yeah..

Screenshot dari Urban Collective
2007 November 17th
Akhirnya peperiksaan akhir semester aku berakhir dengan cemerlang sedikit-sebanyak. Lega kepala hotak aku yang sudah berkerja keras selama dua minggu disamping dapat juga kepala otak aku mengimbangi sifat malas aku yang terkandung didalam Kekotak Nohari (Sila rujuk entri Kekotak Johari) aku. Hanya peperiksaan aku sahaja yang tamat, tetapi perjalan hidup aku yang melancholic ini masih jauh. Tiap-tiap hari, minggu, bulan dan tahun aku kena fikirkan dan rancang. Pakar-pakar perancang hidup pernah berkata “If you fail to plan, you plan to fail”. Maksudnya disini, kalau kita gagal untuk merancang, kita akan merancang secara automatik untuk gagal. Aku bukan seorang yang suka gagal. Gagal setakat sekali dua itu, boleh lagi terima kenyataan, tetapi kalau asyik-asyik muka aku yang gagal, apa halnya?
Jadi, aku kena merancang perjalanan hidup aku, tetapi kaedah perangcangan aku tidak memerlukan kita berfikir sampai naik tekanan darah tinggi. Biarkan fikiran kita menguasai kewarasan kita dan biarkan ianya flow dan aku pasti, aku terbit idea spontan dan berguna. (Cuba la, mana tau kot-kot jadi ke cadangan aku ni, aku tulis ni pun pandai-pandai sendiri je) Pastikan anda seorang yang betul-betul waras sebelum mencubanya ya.
Lantas, fikiran aku berkata-kata.. Aku rasa lagi seronok kalau aku melepak barang seminggu dua lagi di negeri bersejarah Melaka ini sebelum aku pulang ke tanah air ku yang terchenta. Walaupan aku tiada pelan yang khusus untuk aktiviti aku sepanjang minggu ini, tetapi mana tahu, mungkin aku secara tidak sedar akan menjalankan aktiviti yang berkualiti dan tidak membazirkan masa? Kita mungkin kadang-kadang tidak ambil tahu sangat apa yang kita lakukan sehari-hari, tetapi apabila perkara atau aktiviti kita lakukan itu sudah lepas, tengah-tengah kita hendak masuk tidur, akan ter “flash back” balik apa yang kita lakukan sepanjang minggu dan sepanjang hari..
Antara aktiviti ilmiah yang aku buat untuk minggu ini :
- Designing | Aku jadi semakin rajin merekabentuk menggunakan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop. Entahlah, seakan aku mengalami ketagihan untuk mencuba sesuatu rekabentuk yang baru. Tiap-tiap hari aku menghadap komputer riba aku sambil mencari ilham untuk merekabentuk rekabentuk yang terbaru. Macam-macam makhluk sudah aku rekabentuk dan adaptasi. Aku rasa seperti jiwa aku bebas untuk berkarya tanpa sekatan. Mungkin aku kena tukar karier dari seorang pembangun perisian kepada editor majalah, sidang redaksi sekolah, pembaca berita, pereka papan tanda yang lebih into kepada seni atau dalam erti kata lain, lebih banyak berimaginasi daripada membuat logic funtions, programming language dan matematik yang harem aku tidak pandai-pandai dari sekolah rendah sampai naik universiti ini pun, masih tidak konsisten pencapai subjek matematik aku.
- Blog Surfing | Tiap-tiap hari aku meluncur blog. Macam-macam blog aku luncur. Dari blog yang sopan santun sehingga carutan sopan, rapuan tambah meraban. Macam-macam entri juga yang aku baca, yang berbaur politik, bau masam, isu semasa, diari persendirian, luahan rasa jiwa luka, omongan kosong, grafik, sastera dan tidak lupa jugak blog remaja masakini yang gemar menangkap gambar menggunakan kamera DSLR yang memang aku tidak mampu nak beli pun. Banyak benda yang aku baca dan hayati sambil memerhatikan perkembangan minda anak-anak muda sekarang yang semakin terbuka dan tidak kurang juga yang semakin sempit. Blog surfing aku rasa bagus untuk kesihatan minda dan emosi, banyak perkara baik dan buruk boleh kita berfikir disamping untuk mencari idea-idea baru yang lebih bernas dan meletup.
- Fenomena DOTA All-Stars | Untuk mereka yang tidak mengetahui apa itu DOTA, ia merupakan sebuah permainan komputer rangkain yang boleh dimainkan bersama-sama rakan anda. Walaubagaimanapun, aku tak pernah pun bermain permainan komputer ini, tapi memandangkan budak rumah sewa aku yang semakin parah akibat ketagihan permainan komputer, tidak secara langsung, menggaggu gugat jiwa aku dan penumpuan aku dengan pelbagai kesan khas dan effect bunyi-bunyian yang terhasil dari permainan komputer tersebut. Aku pun naik hairan, apalah yang nikmat sangat main Dota tu, layan Majalah Mingguan Wanita lagi bagus dan ilmiah.
- Tidur | Salah satu cara untuk cas semula tenaga anda dan merehatkan otak anda yang sudah penat berfikir dan berimaginasi. Dinasihatkan jangan terlebih jangkamasa tidur anda kerana dikhuatiri mungkin boleh mengakibatkan kebiolan dan kelesuan yang tidak kool dilihat orang. Hati-hati ya…
- Melihat Biru |Entahlah, aku semakin suka pada kebiruan. Petang-petang aku selalu duduk melangut depan pagar rumah, melihat awan biru, burung berkicauan, anjing menyalakan, kucing me”miaow”kan dan manusia berkata-kata. Kadang-kadang, kalau nak lebih layan blues, aku pergi juga melepak petang-petang dekat kawasan tasik sebelah taman perumahan aku ini, sambil melihat makcik, pakcik, anak pakcik dan makcik serta perkerja indonesia yang membuat senaman ringan dan berjogging dengan riang. Seperti ada satu macam feel yang membuat aku menjadi tenang dan tampak bersahaja ketika aku melepak dengan sebegitu rupa.
- Bertemu Kekasih | Aktiviti yang pada aku adalah santai dan riang kalau tentatifnya dipenuhi dengan aktiviti yang bermoral dan tidak menyalahi undang-undang. Baik untuk emosi dan jasmani, tetapi ingat, ada ubi ada bas, ada bini (kekasih) ada batas. Jaga tingkah laku anda dikhalayak ramai.
Itulah sahaja aktiviti major yang aku jalankan untuk minggu ini. Ada lah banyak lagi aktiviti sampingan yang aku buat, tapi aku rasa macam tidak berilmiah, lantas aku berfikir dan membuat keputusan untuk tidak menulis. Kalau aktiviti makan, minum buang air itu memang wajib la kita buat tiap-tiap minggu. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda berfikir dan membantu dalam kehidupan sehari-hari anda. Hidup aku tampak bosan, tapi sebenarnya tampak aja bosan, sebenarnya hidup aku dinamik, tidak statik. Renung-renungkan…