Kemaskini Laju-laju

2008 January 16th
1 Comments

Lama sey tak update blog. Ape ntah aku nak tulis aku pun tak tau. hahaha. Ketandusan idea dicampur pulak tekanan aku semester ini macam harem. Banyak gila kerja nak kena buat. Nak sebu kepala otak aku pikir. Duit scholar aku pun tak reti-reti nak masuk. Aku sekarang dah tahap diet tanpa rela hati tiap-tiap hari. Hari-hari kelas dah macam office hour punya stail. Masuk kul 8 pagi kul 6 petang baru selesai. Pastu penat semput, pastu lagi tido tak hengat maghrib. Pastu bangun tido pening. Meracau merapu seketika dalam 10 minit, pastu aku kembali normal, menjalani kehidupan malam aku yang macam gitu la tiap-tiap malam. Main futsal 2 minggu sekali, tapi kemahiran masih ditakuk lama? Abis tu macam mana? Final projek tak start nak buat lagi. Nak buat report gila punya malas nak taip, abis tu macam mana nak maju?Aku rasa darkside dalam diri aku semakin menjadi-jadi.

darkside.jpg

Filed under Free Writing, Me Myself

Tamil Jackson

2008 January 6th
3 Comments

Video Klip paling ultra punya lawak. Pasti senak dan nangis. Memang rajin siapa yang tolong translate lagu ni. Sila rujuk YouTube

Filed under Artwork

The New Task

2008 January 4th
5 Comments

Setelah berhempas pulas menjaja tubuh berbekalkan proposal yang 3 kali ditendang, akhirnya aku diterima dengan penuh simpati oleh pensyarah paling sensasi di UTeM, Puan Masilla. Dari sistem pengurusan kubur sampai la ke tahap sistem paling maju yang pernah aku terfikir nak bangunkan, sistem berasaskan Radio Frequency Identification (RFID). Tapi hapah sumer tajuk aku kena tendang. Tertekan betul aku diselang seli dengan perasaan patah semangat.

Nasib baiklah diatas rasa simpati dan keperimanusiaan penyelia aku terhadapku, maka dia dengan cepat cekap dan tulusnya menawarkan aku dengan tajuk projek yang pada awalnya, aku sendiri pun tak paham apa benda ntah tajuk. COURSEWARE FOR COST ESTIMATION FOR SOFTWARE ENGINEERING. Tapi rasa-rasa sekarang aku macam mula memahami apakah isi tersurat disebalik tajuk tersebut. Yeah!

Amacam? Ada berani. Oden, sila fikir-fikirkan tawaran aku, pengeras boleh bincang hari lain. Kata nak subcontract tajuk PSM aku ni? Cukup mantap tak tajuk projek PSM aku? Ada komersial value tak?

2008 Starting Grid

2008 January 2nd
3 Comments

Aku tiada statistik yang membanggakan untuk ditunjukkan untuk blog ini. Visitor segan-segan nak lawat. Ditambah pulak aku memang lemah bab statistik ni. Subjek Statistic & Probability aku pun takat paras D, memang dari sekolah rendah bab ilmu hisab ni aku lemau. Setakat tambah tolak bahagi campur tu aku kental lagi, masuk bab math advance, kamiran, matrik apa jadah ntah lagi, mula start aku jadi lemau. Disebabkan sejarah gelap aku dalam math ni, aku abaikan dulu bab statistik semua ni. Hope popshovans.com 2008 akan lebih bermuthu, berkualitas serta segar dengan cetusan-cetusan pemikiran yang lebih melankolik.

Permulaan 2008 aku agak huru-hara dengana bermulanya semester baru. Subjek aku untuk semester ini boleh tahan bedebahnya yang bisa membuat aku mengalami ‘mental disorder’. Aku masih buntu untuk memilih tajuk untuk projek final year aku, yang bersesuaian dengan kemahiran pengaturcaraan aku yang agak bebal. Aku pun masih terkial-kial mencari sesiapa yang sudi menjadi penyelia projek aku. Ntah siapa la pensyarah nak ambil aku agaknya, result pun hampir-hampir nak lemas. Ditambah pula dengan kredit hour aku yang agak bedebah juga. 19 kredit hour tu…. Mungkin makin semput la gayanya. Dammit!!

Struggle for 2008, maybe aku makin banyak cabaran untuk season baru, tapi jangan dibimbangin, selagi aku ada duit nak bayar hosting blog ni, aku rasa aku akan terus memblog, designing dan merapu rapanin. Teruskan bersama untuk 2008.

rotation-of-100_4839.jpg