Belia Ilmiah Tetapi Sempoi (BITS)

2008 February 29th
7 Comments

Pada pagi tadi yang mendung dan nak hujan sepoi-sepoi bahasa, kami sekelas (walaupun aku merempat) telah melakukan aktiviti menangkap gambar kenang-kenangan. Aktiviti menangkap gambar tersebut agak warna-warni boleh la tahan. Rata-rata muka semua berseri dan tersengeh belaka apabila lensa kamera aku tala ke arah muka mereka. Aku tanpa berlengah lagi, macam biasa la interframe dan mengasah bakat menembak aku. Nah! Sneak preview ahli-ahli BITS yang aku menumpang kasih selama ini. Yeah! Hidup BITS!

copy-of-facebits.jpg

Mari lihat lagi gambar-gambar menarik untuk entri ini dibawah :
Read the rest of this entry »

Filed under Announcement, Me Myself

Ekor Cahaya

2008 February 24th
5 Comments

Satu lagi experimentasi aku dengan cahaya, kekuatan lengan dan jari serta penglihatan. Tapi gegar jugak. Chais!! That my  best shot for light trail for now.

ekor-cahaya.jpg

Lokasi : Jejantas antara Jusco dan Melaka Mall

Filed under Artwork

Sagil Terjah Version Tak Pasal-Pasal

2008 February 24th
1 Comments

Sekarang hobi aku berjalan sambil bawak kamera pastu snap-snap bawak balik edit, pastu upload pastu senyum-senyum. Atau dalam bahasa berlagaknya Photojournalist Poyo dan bahasa National Geographic nya ialah WildLife/Nature Photographer Poyo

sagil-here-we-comeblog.jpg

Sagil jalan-jalan mandi, pesanan sesiapa yang mempunyai DSLR dan lense telephoto adalah sesuai melalukan aktiviti terjah disini kerana dicelah-celah batuan dan pokok-pokok terdapat kelibat pasangan bawah umur dan pendek akal. Kalau anda nak berlatih teknik panning. Boleh cuba, masyuk

Filed under Artwork

Semi tidak bermakna tidak bagus

2008 February 24th
8 Comments

Dan al-kisahnya, cita-cita dan impian 2 tahun lepas aku, akhirnya tercapai woo…. Kini aku sudah memiliki seketul DSLR yang sangat menawan jiwa kalbu. Menawan sehinggakan kalau compare letak Proton Pesona kat sebelah, aku jeling-jeling gitu je kat Pesona tu. Walaubagaimanapun akibat dari peristawa pembelian ini telah mengakibatkan poket dan dompet aku merobek dengan agak parah. Ketar gak nak huluq duit kat cina (muka macam Cina Bukit tak sekolah) tu, tapi alang-alang dah nekad nak beli tu, kentalkan jiwa, beli semacam je, rabak pun rabak la, janji kepuasan dapat dipenuhi. Nah! Seketul Canon 400d + Kits Lense + BG-E3. Aku rase pepalih bangga bila gantung kat leher. Bangga sehinggakan kalau makcik yang berasal dari Kelantan, memakai rantai emas kelantan grade paling tinggi besar rantai sauh kapal, berjalan sebelah aku, rasa-rase perompak akan usha aku dulu sebelum pengapa-apakan makcik tersebut.

Apa lagi? Sapa-sapa nak kawin ke tunang ke, dating secara rasmi, mahupun event potong jambul yang memerlukan khidamat *photography semi-pro. Hubungi ku.

dslrme.jpg

*Promosi perkhidmatan photography semi-pro bersama gadis CANON

Filed under Announcement, Me Myself

Pengumuman

2008 February 20th
6 Comments

Setelah hampir 2 bulan aku menunggu dengan tahap kesabaran maksima, (makan tak terurus, deodrant tak mampu nak beli, ubat gigi pau rakan serumah dll.) akhirnya dengan tidak pasal-pasalnya duit scholar aku masuk dengan menerjah akaun bank aku sekali lagi dengan tidak pasal-pasal je. Aku pun tak pasal-pasal je terkedu karena aku bersangka, setelah aku mengimail kepada sponsor aku, beliau mengatakan scholar aku paling-paling laju masuk 29hb ni, tapi tetiba semalam dah masuk? ape kejadahnya semua ni? Aku apa lagi, kemain suka la, hari-hari aku kembali senyum (sambil dengar lagu faizal tahir@tahik). Banyak projek-projek aku sebelum ni tergendala akibat modal dan peruntukan yang kurang konsisten, kini kembali dengan suntikan modal yang lebih padu. Ok! Im back in popshovans! Keep in touch! :)

Futsal@Lomography 2008

dscn1826.jpg

Kelab Futsal Malam Minggu Amatur [Belia TU25 Maju a.k.a BTU25M ]

Dari kiri atas : Prof Pompodal aka Kurang Balancing, Materoi aka Menonong, Kraken aka Penggentel Kental, Jenal aka Sapu Abis, Lan aka Pemain Import Setia, Wanjak aka PemainImport Wellfare.

Dari kiri bawah : Perja aka Penggentel Separuh Masa, Ajib aka Tukang Cukup Korum, Yasser aka Kaki Kebabow!

p/s : Kalau anda perasan, ada satu macam pelik pic kat atas tu, dalam banyak-banyak muka dalam pic tu, anda perasan tak muka Kraken aka Penggentel Kental, blur….. Kalau dalam citer The Ring, muka blur tu…tandanya… uish!! Horror pulak bila pikir lama-lama

Kelab futsal yang berpangkalan di Taman Tasik Utama 25 ini merupakan kelab futsal yang memang tak seberapa kemahiran permainannya, cuma mulut tu lebih kuah dari sudu bak kata orang tua-tua la. BTU25M ditubuhkan secara tidak sengaja, memula main ajak-ajak ayam je main futsal dan akhirnya bila tiap-tiap minggu main, beliau-beliau semua sepakat dan akhirnya membawa berkat. Duration untuk trainning paling kurang 2 kali seminggu sekali session approximately 1 jam, tapi tu lah kan, sumer baka tak berapa pandai main futsal, agak lembab sikit la nak maju. LOL.. tapi anda semua jangan la memandang serong sangat pada kelab ini karena beliau-beliau semua ni masih mengekalkan rekod (tidak dimalukan dikhalayak ramai dengan bilangan gol yang extreme, walaupun kalah) Selemau-lemau mereka ni, aku rasa masih banyak ruang untuk mereka improve. Go belia!

Filed under Announcement, Me Myself