Tour Kawan Plague Of Happiness 08

2008 March 24th
14 Comments

Ya! Pada 23 Mac lepas, buat pertama kalinya dalam sejarah peradaban aku, aku telah menghadirkan diri aku dalam satu majlis gig anak muda remaja. Walaupun ini merupakan gig Ska@Raggae, aku layankan sahaja, karena ada juga 2 3 ketul band yang main lain mellow dan ala-ala Incubus. Majlis yang sepatutnya start pukul 1, ntah ape masalah teknikal haram jadah ape ntah, kul 3.30 baru start. Naik keras punggung aku duduk, terlentang, meniarap, menonggeng gelisah tepi pintu dewan tu. Ingatkan dah kecewa, tapi nasib baik la performance band petang tu agak mantap. Boleh layan angguk kepala gak sampai mamat-mamat reggae campur mamat-mamat skinhead tak sekolah berjoget sampai tak ingat orang keliling, semua nak main hembus, langgar je. Kena rasuk dengan Roh Dewa Bob Marley agaknya, tak tahulah aku. Tapi overall, enjoy!

gigi.jpg

Disini aku sajikan serba sedikit gambar yang dapat aku snap sepanjang berlangsungnya majlis anak muda. Cekedout!

Read the rest of this entry »

Filed under Gig/Event, Photography

Nostalgic Dungun Journey

2008 March 15th
10 Comments

dungun-journey.jpg

Lambat pulak aku review pasal trip tapi tak kira la, review jugak. Pada 1 Mac dulu, satu perjalanan nostalgia aku ke Dungun telah disempurnakan dengan jayanya bersama 2 orang lagi rakan seperjuangan ku. Trip kilat yang tidak semena-mena dan tidak dirancang dengan rapi ini selamat kami tempuhi dengan durasi trip hanya 2 hari 1 malam. Dungun, suatu daerah yang sangat nostalgia pada aku. Tiga tahun aku duduk Dungun tanpa rasa stress yang berpanjangan. Dah setahun tak jejak, kali terakhir aku jejak kaki aku di Dungun ni masa pergi konvo diploma aku tahun lepas. Itu pun tak sempat nak melawat-lawat sangat. Banyak dah berubah Dungun ni, ada juga kemajuan selama dua tahun aku tinggalkan Dungun. Rase feel and melancholic betul bila dapat jejak balik kaki ke sana, mengenang nostalgia lama. Sempat melawat beberapa tempat mainan aku di Dungun dahulu termasuklah Politeknik Dungun aku dahulu yang memang best! Sekarang dah bertukar nama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Banyk jugak perubahan pada enviroment politeknik sekarang ni. Sambi-sambil itu, aku juga sempal menikmati angin pantai Dungun yang memang mendayu-dayu dan kadang-kadang sepoi-sepoi. Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah aku yang paling sempoi, En Hafiz Sawandi Kacak kerana sponser tempat penginapan kami selama dua hari serta pakej makanan percuma yang enak-enak. Anda memang kewl kerana meluangkan masa kualiti anda bersama kami melompat-lompat keriangan! Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila. Ada masa terluang kami pasti ke sana lagi, bawak 3 ketul DSLR terus. Bergambar sampai tonggeng-tonggeng dalam laut pun takdehal. Pecacaimej Rowks!

Read the rest of this entry »

Filed under Announcement, Me Myself

Tagged!

2008 March 10th
19 Comments

Ini first time aku kena tag, jadi sebelum ini aku tak pernah-pernah aku ditag, makna tag tu pun aku tak berape tahu apebende la sebenarnya orang main tag sana-sini. Seronok ke tidak main tag-tag orang ni? Hasil penerangan En Topo serba sedikit, maka baru la aku paham serba sedikit apekebenda la tag-tag ni. Maka sebagi seorang blogger yang takde arah tuju yang tetap, aku dengan bangganya membalas tag En Topo. Sila!

1. Asal Usul
Nama Popshovans ini berasal dari mana? Anda boleh rujuk previous entri aku pasal asal-usul nama Popshovans Apekejadahnya

2. Makan
Ya, semenjak 2 tahun kebelakangan ini, aku suka makan dan boleh kata makan adalah hobby parmanent ketiga aku. Dah takde masa nak jaga body, buat sit-up pagi, jog sana-sini. Asal sedap aku makan, asal tak sedap aku cuit-cuit je la.

3. Belajar Ikut Musim
Ya, aku hanya akan belajar ikut musim dan mood, tidak kira exam hari besok, kalau aku rasa macam tak masuk nak belajar, maka aku takkan belajar dan if aku rase semangat membuak-buak nak belajar, ya maka aku akan belajar dengan penuh tekun, lori sampah lalu pun aku tak perasan. Tak kira subjek ape, termasuk belajar teknik pernafasan pun aku akan tekun kalau mood aku mencapai tahap maksima.

4. Penampilan
Aku jarang sikat rambut, dan tak pernah beli sikat pun, awek aku je yang hadiahkan sikit, itu pun aku jarang guna, simpan siap wat frame dalam loker lagi. Aku selesa guna tangan persis sikat semulajadi, kerana aku tak perlu bawak sikit pi mana-mana time aku jalan, guna jari pun boley… Lagipun orang kata, kalau selalu letak sikat dalam poket, boleh membawa kepada kebotakan di hari muda. Tak sanggup aku.

5. Hobi
Hobi aku terbahagi kepada 4 peringkat tumbesaran aku, ketika masih kecil berhingus, aku suka main kotor, main lumpur, main pasir, main kapal dalam longkang tengok kartun bersiri Gaban dan bermain kerata Tamiya. Masuk alam persekolahan, aku masih mengekalkan hobi bermain kereta Tamiya ditambah dengan hobi yang lebih matang, main bola sampai boleh wakil sekolah. Aku dah tak main kotor, lumpur-lumpur sumer ni bila da masuk sekolah rendah. Ketika di alam sekolah menengah, aku pakai spek mata, maka tak secara langsung membataskan pergerakan aku untuk lebih aktif. Aku start jadik pasif dan hobi aku beralih kepada main komputer game dan chat sampai larut malam sampai bil internet mencecah ratusan ringgit. Peh, mahal punya hobi, aku pun rase macam lesu je hobi tu, teringin nak kembali aktif, aku pun mula mencebur diri dalam bidang papan luncur, 2 3 tahun jugak la main tak pandai-pandai sampai sekarang. Bila dah meningkat ke alam remaja ni, aku dah takde hobi yang spesifik, asal aku rase macam cool, aku anggap ianya sebagai hobi. Hobi terbaru yang dapat aku kesan sekarang ialah Photography. Yay! dan paling eksklusif, hobi aku ialah awek aku. huhu

6. Muzik
Muzik? Segala genre musik aku boleh masyuk kalau aku rase melodinya mantap ntuk didengar. Tapi sekarang ni, aku more into indie punya musician. Penah dengar nama Maria Digby? Ha, aku adalah salah sorang fan dia la tu. Aku respek pasal dia rilek je, nyayi depan handycam kat umah je, pastu upload kt YouTube, last-last glamer sampai berjuta orang view die pasal suara and muka ada potensi beb. Tak payah masuk American Idol pun boleh glamer.

7. Ape-ape je aku tak ada idea dah
Dulu aku main friendster, kira dasat jugak la tahun 2004 aku da ada account. Segala jenis manusia aku nak add jadik frendlist aku, kiranya nampak macam aku ni seorang yang mesra la konon sampai ratus-ratus kawan. Semenjak setahun lepas, aku mula dapati friendster ni makin bosan dan tidak mengembangkan minda. Balik-balik make-up layout, update profile dan paling grand sekali, main membalas testimoni sampai lebam. Sape yang testi sampai ratus-ratus tu, paling mesra la tu dalam frenster. Kiranya awek-awek ramai la approach konon. Macam harem. Kini aku mengesan, blogging ini adalah suatu stuff yang menarik dan lebih independent dan bebas. Tak percaya? blog lah!

8. Allergic dan Phobia
Aku allegic habuk, aku takut ulat gonggok dan lipas dan serangga yang lebih dari 8 kaki, aku tak suka mat indon yang budget Peterpan datang buat kacau kat Malaysia dan aku tak suka Part Chit Chat Azwan Ali. Tak ilmiah langsung

Ya! Itu sahaja, dan aku cuba-cuba plak menge”tag” orang lain yang aku rase berpotensi. Pendi , Shatilah , Keri , Munira Shipa dan . Ha jawab!

Filed under Announcement, Me Myself

Satu hari di Ibukota

2008 March 10th
18 Comments

Malam khamis lepas, aku secara tidak sengaja dan menggembleng tenaganya naik bas nak balik mengundi la konon-kononnya. Sebelum pulang, macam biasa la pit stop aku singgah rumah kakak aku barang sehari dua nak merehatkan badan sebelum pulang ke tanah air tumpah darah. Dalam perjalanan nak menuju ke rumah kakak aku ni, aku mulalah berlakon ala-ala pelancong Korea lagaknya, dengan beg backpack yang gedabak berserta dengan kamera semi-pro, aku mula la menembak sana-sini. Kebetulan lalu kat Central Market, aku terserempak dengan mamat-mamat ntah asal dari mana ntah, aku suspek dari Peru sebab dalam kotak nak campak duit tu ada tulis nama kugiran mereka, YAWARINKAS from Peru. Alunan muzik yang diorang mainkan memang mantap dan penuh tradisi, siap pakai baju kebangsaan Peru lagi. Showmanship memang mantap, kualiti sound meletup, ramai gak penonton jalanan yang singgah sambil melayan lagu-lagu tradisi dari diorang ni.

Read the rest of this entry »

Filed under Artwork, Me Myself

UTeM Dean List Bling-Bling

2008 March 6th
5 Comments

Pada 5 March 2007, maka berlangsunglah satu majlis gilang-gemilang Majlis Anugerah Senarai Dekan di MITC Ballroom, Melaka. Majlis bermula pada pukul 2.30 dan berakhir dalam pukul 5 petang. Majlis ini adalah untuk orang cerdik pandai yang pointernya melebihi 3.5++ . Kalau macam aku ni, memang takde harapan la nak join majlis cerdik pandai ni, usahkan 3.5, nak cecah 2.5 pun aku dan berpeluh-peluh belajar. Terasa seperti akulah yang paling lemah dalam akedemik antara ramai-ramai tu. Jadi tugas aku untuk majlis itu, tangkap gambar sampai lebam. Lebih kurang 700++ penerima anugerah, dan lebey kurang 500++ jugak la yang aku snap. Semua dressup ala-ala nak terima anugerah Skrin Bintang Popular, meriah cukup bling-bling. So kepada sesiap yang menginginkan koleksi wajah-wajah cerdik pandai UTeM, bolehlah membuat tempahan segara padaku atau layari laman web rasmi UTeM Media Photograpy Club (MPC)

Read the rest of this entry »

Akhirnya aku terapung

2008 March 3rd
11 Comments

Berkat latihan intensif dan meditasi minda yang berterusan, akhirnya aku berjaya menguasai kuasa anti daya graviti(gravity levitation) atau dalam bahasa pendekarnya, hikmat terulung meringankan badan tahap tiga petala langit yang bisa mengubah cuaca disekeliling anda menjadi suram dan mendung. 5 bulan aku praktis, tengok video David Blaine acap kali, baca balik buku-buku komik Pedang Setiawan yang aku beli masa kecik-kecik dulu, belajar balik subjek psychology dan sekarang lihat lah, aku berjaya mengawal kuasa aku dengan baik sekali. Begitu tenang ketika aku cuba landing dari langit di pesisiran pantai Dungun. Semuanya terletak pada kuasa minda, anda pun mampu lakukan!

img_1623.jpg

p/s : Jangan praktikan kuasa dalaman anda di atas jalan raya, mahupun di atas simen padu, nescaya aku khawatir anda tidak mampu mengawal kuasa dalaman anda dengan baik. Sebaiknya praktis diatas pasir mahupun tilam King Size. Kawal lah kuasa anda dengan sebaiknya, kalau tak time mendung-mendung ni, mudah kena petir

*gambar diatas adalah gambar asli tanpa sebarang teknik super impose atau teknik kotor lain yang orang menipu selalu guna. Kredit to my super duper cool lecturer for the kewl snap!. En Apis Mamperla! please visit Mamperla.net (saksi utama kejadian aku terapung di awang-awangan)

Read the rest of this entry »

Filed under Me Myself