2008 April 29th

Yay! Penyayi YouTube kegemaranku kini akan menjejakkan kaki ke Malaysia! Penyayi yang mempopularkan dirinya melalui YouTube. Rare punya ni. Aku asyik-asyik layan dalam YouTube je lagu umbrella, ni adalah peluang baik nak pegi tengok beliau secara live! dan yang paling best. It FREE!
Apebendanya :Marie Digby Live in Kuala Lumpur
Bila :14th May 2008 (Wednesday)
Kul Berapa : 8 PM
Kat Mana : Ground Floor, Highstreet, One Utama New Wing
Harga Tiket : It’s a PERCUMA, aku ulang.. PERCUMA showcase, bawa sanak-saudara dan kenalan anda beramai-ramai.
Maria kini release first album beliau yang berjudul “Unfold” dan akan berada dalam pasaran 29th April 2008. Memuatkan 12 tracks lagu + 4 lagu version acoustic dan 1 lagu bonus. Harga RM 39.90! Beli yang origanal. Anda boleh dapatkan album beliau ini yang akan dijual pada event 14 May ini dan menangi peluang untuk mendapatkan tandangan beliau, exclusive!
Untuk maklumat selanjutnya sila layari : Maria Digby
Sape yang masih tidak mengenali Maria Digby? : Wikipedia | Myspace
p/s : Jom pegi menembak, sila bawa teropong masing-masing.
2008 April 29th
Memandangkan blog aku ini masih baru dan orang-orang disekeliling aku kerap bertanya, “apebendala syok sangat blog ni, ko da takde kerja lain ke nak buat? Pegi bersenam ke ape ke, perot da makin boroi mengadap laptot je memanjang…” (lebih kurang la ayatnya begitu). Terasa gak la hati kecil aku ni. Mungkin mereka tak punyai perasaan seni contemporary macam aku atau mungkin mereka dengki dengan kondisi perut aku yang makin comel? Ah… pedulikan apa yang lain kata.
Aku start berblog secara sambil lewa bermula awal 2007, dan bermula berblog secara konsisten pada September 2007. Aku punyai kenalan yang menulis blog khusus ditujukan mengenai technology, politics, music, photography, public relations & personnel. Aku tak tulis blog tidak terlalu focus, mungkin sebab aku passion mengenai banyak perkara & banyak benda. Dan mungkin kerana campuran berbagai topics menyebabkan kepuasan itu datang dibandingkan dengan blog yang hanya berkisarkan satu perkara semata-mata.
Blog sepatutnya menunjukkan sifat. Jika anda memberikan perhatian terhadap sifat kemanusian seseorang, anda mungkin akan berfikir dalam perspektif yang baru mengenai seseorang itu dan blognya dan ini adalah satu sebab kenapa bagus untuk kita baca blog baru atau lama. Kita mungkin tak mau baca cerita seseorang itu menulis mengenai tripnya ke Zoo Negara, segala ceruk dalam zoo tu semua nak cerita habis-habisan, tapi ia mungkin akan menjadi menarik untuk membaca, mengenai joy and pains, pemikiran, persoalan dalam otak mereka. Frankly I want to read about things that make us feel human. For me, it’s the humanity I see in a blog that keeps me coming back for more.
Read the rest of this entry »
2008 April 27th
Aku rasa aku tak boleh hidup kalau takde 3 benda ni. Ya.. bukan keperluan hidup seperti makan, pakai, tempat tinggal. Itu memang wajib la, kalau tak memang aku lama dah gol. Tapi 3 benda yang aku passion dalam aku hidup. Kalau takde 3 benda ni aku rasa macam bosan je tiap-tiap hari. Mati kutu dan jadik kutu lepak secara automatik. Kiranya melengkapkan kitaran hidup aku yang up and down, fast and slow.

design inspired by Aisyahrozi and Syuxx LOL (but i not as good as them
) reference by GoMedia and BittBox
Laptop : Tempat aku meluangkan masa paling lama, almost 12 hour a day(weekend) and 8hour(weekday). Laptop yang amat berjasa ini banyak membantu aku melakukan segala karenah dan kehendak duniawi aku. Tiap-hari on laptop, baca paper online, information surfing, blog surfing, designing, programming, tengok video, movie, dengar mp3, tengok photo, main game, buat asigment, plagiat sana-sini bla….bla…bla… Sebagai pelajar Pembangunan Perisian yang selalu cukup-cukup makan dalam setiap kali exam, laptop dan internet amatlah penting bagi aku. Ape cerita belajar software dan tak lama lagi nak attend Adobe Certified Profesional programe tak reti guna internet dan tak ada laptop/PC persendirian? Takkan nak wat programming pakai buku latihan je kot? Aku rasa kalau takde laptop/pc/internet sekarang ni, mungkin makin hari aku akan menjadi semakin pasif dan tak mengetahui informasi terbaru serata dunia, gosip-gosip artis (sila layan Selebrific, En Mael yang punya), politik (layan MalaysiaKini dan Harakah Daily) dan sebagainya. Aku da la malas nak tengok berita dan baca suratkhabar pun ntah bape kali sebulan je, itu pun pinjam kalau ada orang beli dan bagi free kat aku. Mungkin juga minat dan skill programming, graphic aku takkan berkembang dan akan terbantut. Betul? Orang zaman sekarang kalau tak tau pasal Komputer/Internet better cepat-cepat catchup dengan teknologi yang tiap-tiap hari akan tinggalkan anda terkapai-kapai kalau anda tidak elert. Bak kata orang cerdik pandai IT, maklumat dihujung jari.
DSLR : Hobi mahal terbaru aku dan menjadi trend masakini anak muda. Ntah la aku pun tak tau, tak pasal-pasal je aku sanggup berhabis duit riban-riban (duit mai dari internet activity) pasal nak beli benda alah ni. Berbulan-bulan gak aku buat survey sana-sini mintak pendapat, last-last beli je la mana yang termampu dengan budget yang ada. Aku perasan jugak, makin menjadi-jadi sekarang ni, muda-mudi sumer nak gantung DSLR kat leher, tapi tak kisah la, duit and kepuasan masing-masing. Nak berlagak ke ape atau betul-betul menghargai bidang photography ke, masing-masing tepuk dada tanya poket dan tanya selera sendiri. Tapi kalau dah beli tu nak menyesal buat apa kan. Layankan sahaja. So berbekalkan minat dan skill yang sikit demi sikit aku asah dan balun, bidang photography ni telah aku rasakan sesuatu yang amat mencabar dan indah. Bukan semudah point snap je, dulu-dulu aku ingat macam tu je orang tangkap gambar ni. Rupanya macam-macam benda kena belajar dan explore, aperture, shutter, composition ISO bla….bla…. So technical and feeling. Wah! Sesuai dengan jiwa aku yang seni contemporary ni.
Handphone : Benda alah ni aku rase bukan kepuasan dan sebenarnya, tapi dah jadik keperluan manusia. Yang menjadi kepuasan tu kalau sanggup beli HP sampai harga 2 3 riban. Pada aku asal boleh SMS dan call dah cukup syarat da. Korang buat ape beli HP riban-riban function sana-sini tapi tak fully utilized and tak tau guna kan? Aku kalau takde handphone sehari je, bleh wat aku jadi tak keruan. Kalau takde kredit takpe, at least kalau ada khabar berita dari kawan-kawan still dapat terima lagi. hahha
Banyak lagi gadget idaman aku yang aku berkenan tapi tak mampu nak beli lagi. Wacom Intuos ,benda alah ni la lama dah aku berkenan, tapi sengkek nak beli. hoho…. Ah! damn it!
2008 April 24th

Sekali sekala jiwa aku perlu mellow dengan hasil tulisan yang meleret-leret panjang. Pejam celik dah hampir 2 tahun lebih aku menjejak kaki di bumi hang tuah Melaka ni dan sepanjang 2 tahun itu juga lah, dah bermacam benda aku lalui. Laluan hidup aku boleh dikategorikan agak selesa walaupun tak semewah mana. Syukur cukup pakai semuanya walaupun tak perfect. Kalau nak compare dengan nasib budak-budak palestin and africa, jauh bertuahnya aku.
Kisah pengalaman aku takde la se gah kisah hidup Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie didalam buku karangan beliau Reaching for the Star. Cuma ada la serba sedikit experience yang aku rase macam nostalgia je. Ya, masa aku sekolah rendah dulu, mungkin aku tak berapa mengerti tentang kehidupan, jadi hidup aku masa itu ikut telunjuk mak ayah aku. Walaupun naluri budak-budak yang “reverse psychology” itu memang tak dapat nak dipisahkan. Apa yang diorang suruh aku buat, pegi sekolah, pegi mengaji pegi itu ini tanpa aku sendiri tak berapa pasti aku buat sumer itu untuk ape? Mak aku cakap pegi sekolah tu nak belajar, kasik pandai jadi orang yang berguna. Dulu cita-cita aku bukan main lagi, semua aku nak jadik, doktor, askar, cikgu, saintis (cita-cita tipikal budak sekolah rendah zaman dulu) tapi haram tak tau ape skop kerja sumer bidang-bidang tu, main taram je sebut. Bila semakin kita besar ni, makin matang, makin kita boleh berfikir apa itu kehidupan, baru la aku paham apa yang mak aku maksudkan. Baru aku sedar ape itu sistem kehidupan. Dari tadika, masuk sekolah rendah dan masuk sekolah menengah kenapa kita kena ikut sistem yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Ya, aku sedar, tapi aku tak pernah nak amek serius pasal kehidupan aku sebab masa sekolah dulu, memang hidup aku bergantung pada mak ayah aku. Kalau takde mak ayah tak tau la aku boleh hidup sampai sekarang ni ke tak. Semua diorang tanggung
Read the rest of this entry »
2008 April 23rd
Ya adik-adik UTeM Xchallenge edisi 2008 bakal kembali dengan sub-tajuk yang lebih gempak, Circle Of Kinetic (tak confirm pun lagi). Tempat yang dicanang-canangkan ialah bertempat di MITC, cuma kali ini lebih setailo main indoor (dalam air cond) dan menurut bos aku En Fendy, tarikh yang di war-war kan ialah 9 Ogos. Kalau takde aral melintang, dan tidak clash dengan rancangan party chit chat Azwan Ali, comp ini akan berlangsung dengan jayanya( kata bos aku la, aku iakan aje). Comp kali ini agak sempoi kerana hanya 2 ketegori dipertandingkan iaitu BMX Flatland dan Game Of Skate atau dalam kata linguistiknya Skateboard Flatland. So nantikan khabar-khabar terkini dan terbaru yang akan diupdate dari semasa ke semasa. Di sini aku hidangkan flayer and poster yang baru acah-acah dahulu. Belum kompen lagi, En Fendy demand beb. Tapi aku taruk je dulu. yay!

Read the rest of this entry »
2008 April 13th
Aku pun tak tau skate competiton ni sempena apa, secara kebetulan member aku YM aku, kata ada skate comp hari ni sabtu. Maybe sempena Sambutan Melaka Bandaraya Bersejarah kot? Yang aku tau, competition ni disponser oleh Wild Channel berdasarkan pada banner dan A-Board disekeliling park tu. Siap pasang Wall Climbing lagi sebelah skate park tu. Kalo korang nak panjat, bayar RM 2.00 je. Cuba la kalo berani. Aku tak berkesempatan nak pegi menembak pada siang hari, dan malam tadi plak, member aku ajak makan kt MBO, saja menggatal bawak kamera kot-kot ada lagi budak-budak melompat. Sampai je aku tengok ada lagi rupanya budak melompat, boleh la lepas gian nak snap budak melompat papan selaju. Selesai makan, sempat la aku menembak ala-ala kadar. Dengar-dengar citer skate park yang di’setup di situ akan dikekalkan sampai 15hb ni. So maknanya, selagi ada, selagi itu la budak-budak skate kt Melaka ni melompat. Maka dengan ini, aku masih berkesempatan untuk menembak lagi pada hari-hari yang mendatang! Yay!

Read the rest of this entry »
2008 April 11th
Ya! Pada petang yang mendung dan sejuk suam-suam ini, kebosanan melanda aku, takde ape nak buat lepas segala tekanan jiwa untuk presentation sudah dilepaskan sedikit-demi sedikit. Tinggal seketul lagi yang paling killer, lepas tu done.. Da lama tak outing sekitar Melaka sambil jari gatal-gatal nak snap gambar sana-sini. Dah takde arah tuuan sangat, so petang ini, macam biasa bertemankan kekasih awal dan akhir aku, meredah hujan Melaka searching for GRAFITTI. Ya! Aku suka grafitti, kalo aku ada banyak duit nak beli spray, and ada orang nak wakaf dnding rumah atau kedai diorang, da lama dah aku menceburi bidang seni ini.
Setelah meredah untuk beberapa ketika, ada dua spot yang kami jumpa, satu di Bukit Beruang, dekat dengan Kolej Komuniti sana.. Grafiti sini tak berapa nak setailo tapi boleh la kot.

Kami singgah lebih kurang 30 minit, di lokasi grafitti ini. Tengah hujan sepoi-sepoi bahasa ketika ini. Kalo anda perasan bertentangan dengan banggunan rumah kedai Kolej Komuniti, dekat dengan IPK dan dekat dengan MMU, dinding tepi kedai. Korang nampak la lukisan tepi jalan ni.
Read the rest of this entry »