2008 May 21st

Malam semalam macam biasa, dengan tidak semena-mena selepas sesi lepak makan dengan rakan-rakan seangkatan, kami dengan tidak pasal-pasal melepakkan diri kami di Eye On Melaka, ditepi Sungai Melaka. Dah lama dah hajat nak pi situ, baru ni dapat pi, pegi pun tak planning, tak pasal-pasal je. Sempat la layan main benda alah pusing-pusing tu 5 round. Rupanya, tempat tu sekarang malam-malam dah lain macam beb, bangunan kat area situ malam-malam abis kena lilit dengan lampu. Memang stail, bila effect cahaya bangunan yang tepi-tepi sungai Melaka tu terpantul. Nasib baik aku bawak kamera, dapat gak aku tunjuk. Nah! Amek tengok puas-puas.
Read the rest of this entry »
2008 May 20th

[audio:Couple - Tentang Kita.mp3]
Ya, pesta muda-mudi paling grand untuk season ini sudah selesai dengan jayanya pada 17hb &18hb Mei yang lepas. Bertempat di Tanjung Bidara Beach Resort Melaka. Pesta muda-mudi ini di organize bersempena nak berakhirnya pengajian kami di UTeM yang tak berapa aku cintai ini. Walaupun ada sedikit kepincangan pengurusan, tapi takdehal la, janji semua enjoy dan mandi-manda sampai kecut. Terima kasih kepada Chief Da Mission, Cik Jijah Glitter yang bersusah-payah menguruskan serba-serbi. Ya aku tau, bukan senang nak handle and manage semua ni. Seronok itu ada, dan rasa sangat cool, masalah kecik-kecik tu, hope dilupakan orait?
Read the rest of this entry »
2008 May 15th

Ya, program 3P yang diwar-warkan sudah bermula isnin yang lepas. Teruja tu tak teruja sangat la, tapi memandangkan aku rase program ini macam cool dan ilmiah, aku pun join! Program 3P ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pelajar tahun akhir kursus IT, Kejuruteraan, Multimedia untuk memiliki sijil pentaulihan profesional untuk bidang-bidang tertentu. Kiranya siapa yang lulus, maka dia boleh berbangga kerana sijil ini sangat bernilai tinggi harganya dan sangat relevan untuk industri. Industri sekarang ini amat mementingkan sofstkills dan kemahiran pekerja, tak guna pointer tinggi mencapap, tapi skill harem satu pun tak lekat, tak reti buat kerja. Program ini adalah 100% ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Prestariang untuk pelajar universiti awam tempatan, dan kalau nak ambil secara persendirian pun boleh, tapi dipahamkan harga untuk satu sijil profesional, amatlah mahal, sekitar 3k-5k untuk 1 sijil pentauliahan profesional. Antara sijil-sijil profesional yang ditawarkan ialah MCSE, MCAD, CCNA, ACP dan berbagai-bagai lagi yang aku tak reti nak sebut.
Read the rest of this entry »
2008 May 12th

Malam 11 May yang lalu, berlansungnya majlis makan malam perdana untuk bakal graduasi kursus Bachelor of Science Computer ( Database ) Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis yang diserikan dengan kehadiran peragawan dan peragawati BITC yang dressing tak hengat dunia. Merelip-relip dan bling-bling belaka. Dressup dah macam Sharifah Aini, Anita Serawak pun ada. Tidak ketinggalan juga untuk kaum lelakinya yang agak maskulin penampilan mereka malam itu. Lensa kamera aku tak lekang asyik menambak sana-sini.Bila dah dressup semua all-out, mesti la kena tangkap gambar habis-habisan kan, kalau tak, buat penat je dressup beria kan. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang rusuhan dan tunjuk perasaan akibat tak cukup makanan. Menu untuk malam itu ialah masakan cina. Walaupun tekak melayu aku ni tak berapa nak masuk sangat dengan masakan cina, tapi rakus jugak aku bedal, sampai 6 kali hidang kalau tak silap aku.
Read the rest of this entry »
2008 May 11th

Semalam 10 Mei, aku sudi meluangkan masa kualiti aku untuk turut serta menyaksikan satu lagi gig anak muda di Melaka ini. Bertempat di Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh, gig anjuran yD entertaiment & Suria fm (correct me if i’m wrong) menampilkan 10 kumpulan kugiran merdeka (sebut band indie). Boleh tahan banyak kumpulan kugiran merdeka yang perform. Tapi macam biasa la, aku lost ntah mana satu kumpulan kugiran merdeka yang perform dulu, aku main layan je sumer, aku bukan kenal sangat pun sapa yang perform. Sound system dah masyuk, tapi sound microphone pula macam harem, tak berbutir langsung, berdengung je bunyi. Microphone beli kat Mydin barangkali agaknya. Ntah ape vokalis tu sebut pun sepatah harem aku tak paham. Main hangguk je kepala. List kumpulan kugiran merdeka yang perform petang tu ialah Couple, Nerdluck, Rock & Rock John, Rabiyas, Julies Goes Overseas, The Fingerfault, Half-Asleep, Honey B, Twenty 6 Eleven, Cynosure. Dalam banyak-banyak kumpulan kugiran merdeka tu, Rock & Rock John aku rasa macam best sikit untuk dihangguk-hangguk, tapi overall mantap!
Read the rest of this entry »
2008 May 8th

Sebelum gambar disolek
Canon EOS 400D Digital
Mode : Manual Mode
W/B : Auto
Flash : Flash not fired
Shutter Speed Value : 1/125s
Apeture Value : f/9
ISO Speed Ratings : ISO 200
Focal Length : 18mm
Read the rest of this entry »
2008 May 5th
Memandang aku seorang yang cool, tidak mudah gelabah, maka aku akan jawab tag dari kedinkyst. Jom la main tag-tag ni.
- Aku tak ada passion nak tengok bola secara live. Aku mudah bosan bila game slow and takde gol. Baik aku layan EPL Highlight, macam-macam gol aku dapat layan. Ntah aku pelik, bila tengok fanatik bola ni, bila time layan EPL live kat kedai mamak, dah macam kena sawan khinzir dah aku tengok, terpekik terlolong baling roti canai sana-sini, curah teh tarik sana-sini, tanggal baju nampak bulu dada kerinting. (sila la tambah mana-mana perbuatan yang kurang sopan lagi)
- Aku tak suka durian. Ini pun perkara pelik aku perhati dari kecik lagi, kawan-kawan, sedara-mara aku, asal ada durian je ramai-ramai serbu pekena durian. Melantak sampai 3 biji. Bila kentut je sah-sah bau durian. Aku memang tak berahi langsung tengok durian. Longgok la satu lori depan aku pun, aku buat-buat sombong je lalu nanti.
- Aku tak suka makan roti canai dengan kacang dal, selepas peristiwa terjumpa antena lipas atau dalam kata ringkasnya misai lipas dalam kuah kacang dal di kedai mamak Darvesh (nama sebenar dirahsiakan). Sampai sekarang aku band kedai tu dan tak lalu makan kuah kacang dal. Aku skang pekena roti canai dengan kuah kari kambing.
- Aku pernah mendapat saguhati dalam Pertandingan Melukis Poster Peringkat Sekolah Menengah Malaysia 2000. Pencapaian paling all-out aku selama aku masuk ke kancah pertandingan atau peraduan ini. Masa kecik-kecik dulu, masuk pertandingan melukis majalah Bambino pun harem tak penah menang.
- Penampar paling berdesing dan berbisa yang pernah hinggap kat pipi montok aku ni berlaku ketika aku berada di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik SHAS Kuala Lipis. Hasil dari pelempangan itu yang dilakukan oleh Cikgu (GPK 1), spek mata aku tercampak dan melayang kira-kira 2 meter dari tempat aku berdiri. Terasa macam hilang kestabilan nak berdiri. Memang berbisa, silap haribulan boleh rosak gegendang aku. Kenapa aku kena lempang? Pasal aku pi bersuka-ria mandi ramai-ramai dalam tandas guru sampai air bertakung paras buku lali, pasal time tu kat hostel aku takde air. 3 hari sebelum kejadian tu aku mandi ala P.Ramlie je time nak pegi sekolah.
- Extra fact : Aku layan Akedemi Fantasia secara serius sampai musim 2 je, lepas tu aku baru sedar dari lamunan realiti TV ni.
Sekarang aku mau tag ini 3 blogstar yang paling hot skang ni. (Walaupun peluang hanya 20% dioarang akan layan tag aku, tapi aku tag jugak la) Kepada blogger Yubiyu, kot-kot ada benda menarik nak reveal dalam folder laptop korang yang korang da simpan lama dah, ha sila reveal, jangan malu2. Pendy, aku tau banyak 3GP menarik dalam Drive D ko. Hahah
Sila dedahkan 6 folder terpenting yang anda simpan dalam Drive : D laptop or PC anda. (termasuk hidden file sekali kalau ada la) kalau tak Drive : D, Drive : C, E, F, G pun boley takdehal. Ha..jawab-jawab jangan ada simpan file bukan-bukan sudah.
AisyahRozi : Sebab dia err….. cool & shopaholic help
Mohd Ismail : Seban dia cool & bukan streotipikal
Syuxx : Sebab dia pun cool & tak suka Ramlah Ram