Jobless

2008 June 20th
12 Comments

Hah! Ape citer aku lulus seketul lagi ACE – Dreamweaver. Adobe Dreamweaver CS3 ACE Exam 100% plak tu. Lepas ni kalo Shantanu Narayen taknak hire aku jugak, memang kena mandi bunga la gamaknye. Dah 2 Adobe Professional Certified aku dah khatam ni. Ni kalau Bruce Chizen tengok pencapaian aku skang ni mesti dia main tepuk-tepuk bahu je dengan aku.

Dengan ini aku isytiharkan kelas 3P aku dah tamat dengan jayanya dan terima kasih kepada Prestariang. Beg galas yang pihak anda beri itu memang stylo da best! dan terima kasih juga kepada Madam Munirah for the Graduates Personal Development Program yesterday. Very good session, I’ve learn a lot! Majulah Prestariang untuk negara!

Bacaan lanjut : Update laju-laju , Industry-Based Certification Program

Filed under Announcement, Me Myself

Jiwa Kelajuan

2008 June 20th
0 Comments

Ya, minggu ini aku rase paling lega gaban dan tenang seperti A Samad Said lagaknya. Apa tidaknya, final year project aku yang hampir-hampir meragut jiwa kelajuan aku sudah pun selesai aku kelentong di depan penilai-penilai aku.

Kalau anda memang di dalam bidang IT/Comp Science/Software pasti anda pernah belajar Software Engineering dan dalam subjek tersebut ada satu topic yang kebanyakan student tak berapa nak paham iaitu Sofware Cost Estimation. Kenapa company, software house boleh jual software mereka sampai ribu-ribu, ratus ribu and ada yang cecah juta-juta? Kalau Bill Gates tu toksah cakap la dia punya kaya kan. So itu la gunanya anda belajar Software Cost Estimation tu nak determined berapa banyak effort, cost, duration yang anda habiskan untuk siapkan sesuatu system or software.

Ada banyak teknik estimation yang boleh daripada yang simple sehingga yang complex sampai berdenyut urat dahi anda nak paham. Courseware yang aku develop ini hanyalah untuk kegunaan student Computer Science UTeM sahaja kerana segala scope and level estimation yang digunakan based on Software Engineering Subject syllabus.

Read the rest of this entry »

Filed under Announcement, Me Myself

Diet Komprehensif

2008 June 16th
13 Comments

Anda perot boyot? Kurang keyakinan diri? Dibuli rakan sekelas, sekerja? Asyik-asyik kena main-main cubit perut je? Inginkan pinggang yang ramping, perut kempis dan dada kental? Jangan panik, amik ni 5 petua mujarab dari aku :

  • Pagi-pagi bangun tido tu jangan asyik nak menggeliat stail melentik je. Sampai bunyi “kruk-kruk” tulang belakang, silap haribulan boleh serpih tulang belakang anda. Dikhuatiri kalo buat tiap-taip pagi maka makin cepat la anda mengalami osteoporosis kronik. Cuba ganti dengan senaman sit-up atas katil, jangan risau atas katil ada tilam, kompen tak rosak tulang belakang anda, buat 10 kali je cukup tiap-tiap pagi. Tegang perut lu….
  • Time makan tu, tak payah ubah pape, pulun je, cuma kurangkan kuantiti dan kalau boleh elakan makan nasi. Bukan tak makan terus, kurangkan je, aku sebagai orang melayu, tekak mesti rasa nak makan nasik punya la kan. Kalau nak lebih mengada-ngada lagi, anda makan la coco crunch ke, yogurt rendah lemak ke, thousand island salad ke, beef steak ke, cheese ke ape ke….
  • Elakan makan sekali suap, 8 kali teguk air anda minum. Ini akan mengakibatkan perut anda makin boyot tanpa kawalan. Ini tidak, da tau benda tu pedas makan banyak-banyak sape suh, pastu minum air banyak-banyak. Aku dulu-dulu macam ni gak, tapi skang ni da mentain beb. Cuba anda try minum air banyak-banyak sebelum makan, bukan time tengah makan. Kompem selera anda akan kurang sikit, kalau tak kurang-kurang gak, elok lah anda berkawan dengan Manuel Uribe
  • Pegi bersenam, kasik bakar sikit lemak tu, ni duk terperap dalam rumah, makin matang la lemak-lemak anda. Kalau malas nak jog ke main beskal ke ape ke….. rajin-rajin la sapu sampah ke, mop lantai ke, sental dinding bilik air rumah anda atapun basuh kain sampai berpeluh ke…
  • Jangan makan pukul 12 malam keatas jikalau anda nak masuk tido pukul 12.30. Setengah jam perot anda tak mampu nak proses bahan makanan yang anda telan beb. Sila amalkan makan malam kul 9-10 (tu pun paling lewat da tu) and jangan tido pukul 10.30 plak. Kasik la perut anda merasa nak proses dulu asparagus goreng yang anda makan tadi. Tido la kot-kot anda rase perut tu da macam dah tak berkelodah gundah-gulana. Baring dan tido ketika perut anda dalam kekenyangan juga merupakan salah satu faktor keboyotan ekstrim.

Itu ajalah serba sedikit petua mujarab yang aku amalkan, amek ko berat aku turun 5 kilo beb. Amacam? Selain itu faktor kekeringan poket juga sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses diet aku sebenarnya. Time aku gemuk sederhana dulu, semput beb, main futsal 2 kali pusing padang pun da pancit, berat sangat bawak perut. Haha. So Jijah ambil perhatian lebih sikit. :P

Untuk teknik diet yang lebih serius sila ke MyMesra dan Melayu. Takpun google sendiri je la. Selamat mencuba! Jangan biarkan keboyotan menyelebungi anda sampai sudah.

p/s : Teknik ini adalah untuk lelaki bujang dan gadis sunti yang kurang keyakinan diri sahaja. Sape-sape yang da berkahwin tapi laki bini tak kisah nak boyot ke ape kan, teruskan dengan gaya hidup anda as long bahagia dan sihat. Quote untuk entri kali ini “TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS”

Filed under Me Myself

Apa-Apa Sahaja Ajalah

2008 June 15th
15 Comments

Gila lama tak update, apa nak jadik la dengan blogger hebat seperti aku ni malas nak update blog. Alang-alang aku update ni, amek ko, dengan banner dan background sekali aku update. Tema kali ini ialah “kain batik jawa, warisan jawa turun temurun…” dan sedikit sentuhan elemen pan-asian dengan tulisan jepun acah-acah tu, amacam?

Semangat untuk merapu dah up balik, aku dalam mode lemau selama 2 minggu, final project yang dah macam ntah apa apa ntah, mencabar norma-norma kehidupan aku setiap hari. So apa da jadik setengah purnama aku tak update blog?

  • Minyak naik, sirap bandung naik 20 sen, kari kambing naik, choki-choki tak lama nak naik harga gak tu dan aku plak naik hangin tak pasal-pasal
  • Berat aku turun 2 kilo menjadi sweet 70kg. Masih dalam lingkungan jejaka fit
  • Rambut aku da cecah hidung, Pakgad UTeM semakin memandang sinis ketika aku melalui pagar nak pegi kelas. Ape la jadah, rambut panjang serabai pun nak jadik kecoh-kecoh, bukan semestinya mencerminkan peribadi aku tak elok, Albert Einstein tu lagi huduh fesyen rambut die, tapi siap dapat Nobel Award lagi.
  • Hobi terbaru, berenang di kolam renang awam secara intensif tanpa bantuan jurulatih, ikut kuak aku sendiri. Kalau inginkan kepak macam kepak ayam KFC, cuba-cubalah berenang, bagus berenang ni, nak-nak kalau ada amoi sekali join berenang.
  • Tabiat terbaru aku yang baru dikenal pasti, bersugi ketika berkoneksi internet, bersembang kencang hatta ketika sebelum masuk tidur. Feel plak aku rase bersugi ni.
  • Euro 2008 hambar, tak berahi langsung aku layan. Aku kena cukupkan tido 10 jam sehari.
  • Melepak sehingga larut malam 3 kali seminggu, sembang politik makin lebat dan cekap. Kot-kot ada orang cabar nak sembang politik ngan aku, ayam-ayam je aku patahkan isi-isi yang lemah dan tak berfakta.
  • Pakcik depan rumah sewa aku baru sambar kereta Proton Saga kaler ijau. Tiap-tiap hari keluar ntah berpeleseran pegi mana, dia tak pedulik minyak naik ke tak, ahli parti sejati katanya…
  • Brader jual berger tepi simpang nak masuk umah aku hari tu sembang, dia kata daging berger naik 70 sen 1 Julai ni. Tapi dia cakap berger McD tak naik harga.

Read the rest of this entry »

Filed under Artwork, Review

Update laju-laju

2008 June 1st
34 Comments

Ya, 4 hari aku kekeringan bandwith, rasa bosan macam lembu. Tak boleh nak mengapdate blog, ya blog ni lama-lama macam ketagih plak, ketagih ape pun aku tak tau, tapi asal on internet mesti nak jenguk blog. Aku ni dah la Friendster, Myspace, FaceBook sumer harem aku takde account. Tapi dalam kebosanan mengelembu aku tu, ada juga benda best jadik.

Okey, berita panas pertama, Ya adik-adik aku telah memenangi tempat pertama merekabentuk logo untuk RAPAT. Lawat la web diorang untuk keterangan lanjut. Apa yang aku dapat? Voucher Jusco bernilai RM 50, Hadiah sumbangan penaja dan Msjbox percuma selama setahun. Yay! Boleh la kan, dengan effort aku yang tak seberapa nak hasilkan logo ni, submit untuk saja try dan suka-suka je, last-last menang kan. Jarang-jarang aku menang pertandingan, menang sekali sekala apa salahnya. Walaupun mendapat undian yang kureng dari pengunjung, tapi pihak juri dan MsjBox officials berkenan kot dengan logo aku dan kasik up aku punya percentage dan akhirnya, menang la weh.

Read the rest of this entry »

Filed under Artwork, Review

Layan Tag Juga

2008 June 1st
7 Comments

Ape kebenda la main tag tak sudah-sudah ni, da la hutang hutang tag aku keliling pinggang. Bersempena dengan pembebasan aku dari belenggu tahanan Bandwith dan bagi mengelakkan aku dibelenggu hutang-hutang tag ni, maka dengan semi-pro nya aku membalas! 4 orang sekali taram. Subuh-subuh lagi aku dah on laptop. Amek ko Pendy, Topo, LanLegar, Pipiyapompong.

7 + 1 Fakta Tentang Daku

  1. Aku lelaki sejati, bukan separa pondan mahupun melakukan pembedahan tukar jantina.
  2. Aku main papan luncur dah masuk 6 tahun tapi harem tak khatam-khatam lompat tangga mengikut gaya Ali Boulala
  3. Pakai jam tangan kanan
  4. Rambut tak shampoo 2 hari, kelimumur dah berkoyan-koyan keluar.
  5. Aku kalau makan pedas atau kena sinaran matahari direct mesti kulit kepala gatal dah tahap macam nak cakar-cakar je. (Walaupun aku da shampoo secara intensif)
  6. Tak reti main Remote Control Helicopter, apatah lagi bawah helicopter.
  7. Suka menebas semak, menebang pokok yang tak membuahkan hasil, jikalau balik kampung.
  8. Suka layan Asian Food Channel. Kat Astro ada ni, korang picit 703.

Read the rest of this entry »

Filed under Me Myself