2008 July 27th

Itu petang sabtu lalu, aku meluangkan masa kualiti aku sekali lagi untuk menyaksikan persembahan kugiran anak muda masakini sempena ROTTW Soundstage 2008 yang berlangsung di Pasar Seni. Tapi ini lain macam sikit punya perform, pasal orang kampung aku rockin itu petang. Ini bukan felda punya rockin. Riak-riak panik jelas terpapar di setiap wajah line-up Fury. Setiap sorang dua kali pegi kencing sebelum naik stage. Pipi paling lawas kencing. Pedal tampak tenang ketika melontar suara, Kumprinx all-out ketika bersimpang-sior tangan ketuk drum, Pipi agak gemuruh ketika perform, muka tak reti nak senyum main bass, dan Mael tak boleh disangkal lagi memang paling tiptop showmanship, rockin sampai pedih.
Read the rest of this entry »
2008 July 21st

Dah selesai dan aku enjoy dalam separa sedar. Gig pembukaan untuk semester ini, 14 band yang perform pada petang ahad yang lalu. Naik lenguh jugak aku berdiri, duduk bersila, baring pun ada. Ulasan aku, gig kali ini dari segi crowd agak kureng memberangsangkan. Promotion aku rase 2 bulan lepas da start buat, tapi crowd still lemau. Mungkin akibat dari gig KAMI yang berlangsung sehari sebelum gig ini. Ramai yang semput nak pegi gig 2 kali seminggu.
Sound system memang meletup dan sedap untuk aktiviti angguk-menggangguk kepala dan kepala lutut. Tiada sebarang rusuhan, tunjuk perasaan dan kerosakan harta benda yang berlaku. Booth pun ramai yang open, sumer jual t-shirt indie label. Mahal plak tu sape la nak beli. huhu
Read the rest of this entry »
2008 July 17th
Sekali sekala mencapub (mencari publisiti) tidak salah, nah terimalah gaya tak tentu arah ni.

Dinding purba portugis
Read the rest of this entry »
2008 July 17th
UTeM X-Challange edisi kedua akan kembali sedikit masa lagi. Tetapi masih ditahap ragu-ragu dan berkembangan semakin positif. Sebarang berita duka atau gembira, akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kami disini sebagai pihak penganjur ada mengalami sedikit kecelaruan karenah biokrasi pihak atasan serta perangai pramatang para MPP UTeM. Kesulitan adalah amat dikesali. Diharap anda jangan pandai-pandai buat spekulasi liar. Nantikan sedikit masa lagi,
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui no telefon hotline yang tertera pada flyer dibawah, atau terus direct bertanya di halaman komentar. Ya, kami menjanjikan suasana yang berbeza untuk edisi kedua ini. Mungkin ada sentuhan magis untuk kali ini barangkali. Yang mana cacat cela, tak kena sana-sini tu, diharap dapat memberi constructive criticisms. Kalau kritik membunuh, maka pelempang akan menyusul dan singgah.
Read the rest of this entry »
2008 July 9th

Dan khabar berita dari Pendy memecah keheningan malam aku, dia kata ” Baik ko beli mag DCM!!” Ape cerita tak pasal-pasal suh aku beli (Digital Camera Magazine) DCM malam-malam buta?. Aku imbas balik ingatan aku 2 bulan lepas, sah! Foto aku keluar DCM Issue 31, July 2008!!. Tahniah kepada aku . huhu. Tak sangka plak Bangunan Cahaya Refleksi aku terpilih masuk dalam segmen Hotsshots. Aku tak terpikir pun akan terpilih, sebelum ni, lalu depan kedai buku, aku pandang magazine DCM pun sipi-sipi je, aku agak sah-sah foto aku tak terpilih punya, aku snap pun ada sikit blur pasal tak pakai tripod pun dan shutter speed slow. Nasib baik la En. Pendy pandai membuat provokasi, infrom pada aku, kalau tak takde niat pun aku nak beli. haha.
Read the rest of this entry »
2008 July 7th

*Foto dicilok tanpa kebenaran dari Amanz
Semalam aku sempat mencelah dan menempel di event RAPAT anjuran Msjbox. Akibat desakan dan ugutan (tipu je) En Shai, dengan tak semena-mena sampai jugak aku akhirnya ke The Mines Shopping Complex. Main redah je naik bas, nak LRT, naik komuter, last sekali naik bot. hahah Cool! Rupanya The Mines ni ramai pulak mat-mat dan minah-minah indon melepak tersadai tepi sungai. Ingatkan sampai Jakarta dah aku. Adei…… Aku sampai dah lewat, siap pusing ronda-ronda dulu satu complex, tapi sempat la jugak jenguk orang main bowling bersuka-ria. Suasana agak hot, dengan sorakan sana-sini. Siap masuk Sinar Harian lagi tu walaupun muka aku tak interframe.
Read the rest of this entry »
2008 July 4th

Ya! Selamat datang ke UTeM adik-adik juniorku yang baru mendaftarkan diri pada 29hb lepas. Jangan risau, UTeM sekarang bukan lagi bertempat dibangunan rumah kedai, kampus pun da makin siap, agak bertuah juga la anda semua kalo nak compare zaman KUTKM dulu. Macam biasa la awal-awal ni kena la layan MHS (Minggu Haluan Siswa) bersama-sama fasilitator yang mostly agak poyo pada pandangan aku. Tapi lantak la kan, janji diorang jangan buat sarkas depan aku.
Minggu MHS ini jugak la yang sedikit-sebanyak memberi rezeki kepada aku. Bagi mengambil peluang setahun sekali ni (pasal intake UTeM setahun sekali), kelab MPC UTeM dengan kolaborasi dengan Catalia Creative telah merancang plan baik punya untuk menambah kemasyukan duit poket. Mastermind untuk plan ini En Kamal Kacak, bijak mengatur langkah, walaupun terdapat sana-sini masalah. Dengan hal fasilitator dan HEPA yang banyak karenah dan songeh, projek masyuk duit ini boleh dikategorikan berjaya memandangkan ini adalah kali pertama kami lakukan. Nak tau berapa income kami dapat dalam masa 3 hari? Almost RM5000++! Amacam? Ni bukan tipu ini, ini real punya projek walaupun target asal RM10K++.
Read the rest of this entry »