Kawan # Emosi Sisip 2

2008 September 22nd
15 Comments

* Sesi lepak bersama artis pop komersial tempatan merdeka kontemporari, Wishbone!

Kawan di akhir zaman ini, payah untuk kita ketemui, yang benar benar sibuk, dengan urusan memperbaiki diri nya, yang benar benar sibuk, untuk mengubah sikapnya, untuk kembali kepada sifat naturalnya. Yang ada kini hanyalah sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Read the rest of this entry »

Filed under Free Writing

Pengalaman # Emosi Sisip 1

2008 September 22nd
16 Comments

* Photos tells everything…. Kadang-kadang gambar itu lebih mencerita segalanya daripada kita sembang lebat dan menyembur-nyembur.

Ya, pengalaman mengajar kita ape erti hidup, tanpa pengalaman maka jiwa anda akan kosong dan jadik patung, experiance is the most important thing you should bring with your future. Tiada masa lepas maka tiada la masa hadapan. Fresh graduate nak cari keja pun perlu ada pengalaman. Thomas Alva Edison pun 999 kali pengalaman dia gagal untuk cipta sebijik light bulb, dan yang ke 1000 baru berjaya. Faizal Tahir pun ada pengalaman dedah buah dada atas pentas lepas tu kena banned dan kena buat keje amal. Azwan Ali dan pengalaman mengendalikan program Party Chit Chat Azwan Ali memang tidak dapat dipisahkan. Aznil Haji Zawani dengan pengalaman Akedemi Fantasia dia memang kacip habis. Adibah Noor dengan pengalamannya menjadi gempal memang sebati dengan jiwa beliau. Jamal Abdillah dengan dadah dah macam anak beranak dia punya persefahaman. Nak jadik kutu lepak pun mesti kena ada pengalaman cari port-port yang mantap sambil suweet-suweet gadis lalu lalang. Hargai pengalaman anda dan anda akan hargai diri anda. Pengalaman mewarnakan hidup anda amcam? Setuju?

Read the rest of this entry »

Filed under Me Myself

Ajib Kalau Dah Merekabentuk….

2008 September 17th
16 Comments

Semacam hati membuak-buak untuk merapu. Sejenak aku berfikir, 4 tahun lepas ketika aku mula-mula mengenali apa itu rekabentuk grafik, walaupun aku sudah menggunakan komputer sejak umur darjah 1 lagi. Memang noob ketika itu, paling-paling canggih aku hanya menggunakan perisian Microsoft Paint untuk merekabentuk, itu perisian paling cool aku tau ketika itu dan sekarang pun aku masih tidak memperkecilkan MS Paint yang sangat banyak jasa kepada aku selama ini. Kalau tak percaya kehebatan MS Paint, sila klik.

Read the rest of this entry »

Filed under Free Writing

Memory Corrupted # Sedih Sisip 5

2008 September 10th
21 Comments

[audio:Ungu_-_Melayang_-_10_-_Tercipta_Untukku.mp3]

Kalaulah memori aku ini seperti cakera keras. Boleh ditukar ganti. Kalau aku ingin hapuskan memori silam,aku format sahaja dan delete mana yang tidak berkenaan, dan mana-mana memori indah yang aku ingin simpan aku biarkan. Kalaulah memori manusia semudah memori komputer, yang boleh ditambah dan dibuat partition supaya memori yang pahit dan manis dapat kita asing-asingkan. Kalaulah aku boleh install balik semua kenangan manis dan diaplikasikan sepenuhnya untuk masa hadapan…

Tapi malangnya kalau cakera keras itu rosak dan punyai bad sector yang tak dapat diperbaiki lagi. Semuanya akan dipengaruhi dan tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik lagi.  Hanya tempat kitar semula dan tong sampah sajalah tempatnya.

Kalaulah jantung aku ialah Intel Core 2 Duo yang boleh memproses dengan laju dan cepat membuat keputusan. Tak perlu berfikir panjang dan berasa was-was.Kalaulah fikiran aku seperi RAM yang boleh berfikir dengan selajunya dan mencapai penyelesaian dalam masa yang singkat.

Kalaulah aku ini sebiji komputer yang tidak punyai perasaan dan hanya mengikut arahan. Kalaulah aku boleh operate otak aku digantikan dengan cakera keras, alangkah tenangnya dunia. Tapi aku manusia….. Manusia yang tak boleh nak jadik Cyborg

Kalaulah Time Machine dalam movie Back To The Future itu benar-benar wujud dan aku boleh kembali ke masa dahulu dan boleh mengubahnya kembali.

Kalaulah AngeLina Jolie tu jadi makwe aku….

Kalaulah aku jadik Brad Pitt….. Walaupun rambut tak blond, hidung tak berape tajam…

Filed under Me Myself

In Bloom # Sedih Sisip 4

2008 September 8th
31 Comments

Sedikit entri santapan rohani jiwa sempena bulan yang mulia. Renungkan sejauh mana kita pergi, sedalam mana perasaan benci, sekeras mana hati, sepedih mana jiwa, pasti ada kebaikan yang mengatasinya

[audio:6ixth sense - tanpa.mp3]

“Aku mahu menulis, tetapi aku tak tau apa yang hendak ditulis, aku mahu berkata-kata, tetapi tutur kataku tunggang terbalik, aku mahu merenung, tetapi mataku silau seperti dipanahi sinaran matahari. Aku tak mahu apa-apa, cuma sedikit harapan”

Sekali kita buat silap, kita leka dan kita tamak, tidak bermakna hati kita akan terus keras dan tidak boleh membuktikan kita benar-benar telah berubah. Kita jarang menghargai sesuatu yang kita miliki, tetapi bila sesuatu itu hilang, ya kita mula terhantuk baru nak sedar dan mula terhegeh-hegeh nak menghargai sesuatu yang telah pergi itu. Bulan puasa yang mulia ini, ya aku belajar bersabar dan mengawal tingkah laku yang liar selama ni. Ramadhan aku rindu padamu.

Read the rest of this entry »

Happy Birthday Popshovans # Sedih Sisip 3

2008 September 4th
27 Comments

[audio:pedro the lion - achilles heel - a simple plan.mp3]

Pejam celik pastu pejam celik banyak kali lagi, diam tak diam hari ini genap setahun aku berblog menggunakan platform wordpress dan domain Popshovans ini. Bermula dengan wordpress versi free, aku rasa macam terkongkong dan tak bebas untuk mengawal semuanya, aku berubah angin dengan menggunakan hosting sendiri dan domain sendiri. Saranan aku disini kepada sesiapa yang ada pasang niat nak berblog, mulakan dengan wordpress! Terima kasih kepada yang masih setia menjadi page viewer, visitors, readers dan commenters untuk blog ini. Tak banyak benda menarik yang berlaku dalam tempoh tersebut cuma yang pasti, aku banyak belajar dari blog ini, teknikal dan spiritual. Ya, aku sudah ada semangat kembali, aku takkan abaikan Popshovans yang mana nilai melankolic nya amat tinggi bagi aku, banyak kenangan aku bersamanya. Insyallah dipertemuan entri-entri selepas ini, aku akan sajikan lebih banyak benda pelik, article sampah, gambar tak senonoh, dan juga keletah spastik aku sendiri. Terima kasih semua! Especially kepada yang banyak mendorong aku, my Hanjieun Pillow. I’m not alone yet. Tanpa dia, mungkin aku tak berblog dan mungkin sampai sekarang aku masih main testi-testi Friendster dengan hebat.

Read the rest of this entry »

Filed under Announcement