2008 October 26th

Lawatan sambil belajar atau singkatan yang lebih berseri (LASBELA) kali ini bertempat di Level 10 Grand Continental, Melaka. Venue kali ini agak tinggi, tingkat 10 tu beb, mau loya aku tenung bawah lama-lama. Crowd nauzubillah punya ramai, memang macam mandian sauna aku rasa. Bau sekor-sekor jangan citer la, wangi lagi bau badan Rosnah Mat Aris. Ada ke patut badan saiz darjah enam punya budak pegi gig. Memang nak kena lempang dengan mak time balik tu nanti.
Read the rest of this entry »
2008 October 19th

Sepetang bersama Wishbone ibarat sepetang bersama Blink 182. Memang ekstrim. Melihat keletah Maoz dan Ash mampu membuatku berasa ngilu tulang peha dan tulung punggung.
Maoz perangai tak pernah nak berubah, memang sentiasa bedebah, kalau dah start main, memang tak hirau langsung tentang keselamatan sistem pembiakan beliau, main redah je. Panik aku melihatnya. Selagi tak berdarah dagu, jangan harap nak kasik beliau berhenti.
Read the rest of this entry »
2008 October 16th

*Iklan hanyalah untuk tujuan provokasi
Sekali sekala kena keluar dengan berita provokasi, kalau tiada aral melintang. Update untuk para Yubiyuer. Baju kalian akan ku edar-edarkan minggu hadapan, ini bukan janji menteri, parlimen, adun ataupun janji pilihanraya, tetapi janji diana. Tiada lagi masalah machine printing rosak. Terima kasih atas kesabaran anda yang lebih kurang macam Sharifah Aini.
Lepas je anda-anda semua dapat itu baju, gathering julung-julung kali Yubiyuer akan diadakan sempena bulan raya ni.
Read the rest of this entry »
2008 October 8th

Bak kata pepatah melayu, “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik” dan “hujan emas di kampung orang, hujan asid di kampung sendiri, lagi gempak kampung sendiri”.
Hari raya ketiga tempoh hari, hasil dari sembang lebat kawan-kawan sekolah dulu, maka dengan tak pasal-pasal terbuat gathering. Memandangkan pada cuti hari raya sahajalah mereka-mereka ini dapat cuti dan balik kampung, maka dengan fikiran waras kami, inilah masa paling memantul kami hendak kembali berpaut. Nak harapkan hari-hari lain, haram hujung jari kaki pun tak pernah nampak kelibat.
Read the rest of this entry »
2008 October 7th

Hari raya tiada apa yang istimewa sangat, seperti raya-raya aku sebelum ini, tiada lagi nafsu membeli belah baju raya, nafsu membeli belah pasar ramadhan aku je makin tahun makin kencang. Tapi raya tetap raya, tak kira selemau mana pun raya tahun ini, tapi kalau dah namanya raya, kira raya!
Read the rest of this entry »