Terbaik Dari Wishbone

2008 November 30th
20 Comments

*Macam biasa klik untuk tumberasan dan penglihatan lebih jelas

Rindukan keletah Wishbone? Rindukan pose-pose tak tentu hala mereka? Terimalah terbaik dari Wishbone untuk peminat diluar sana. Gambar-gambar terbaru yang sempat aku snap untuk sesi lepak bosan petang-petang bersama Wishbone. Walaupun line-up tak lengkap sampaikan manager terpaksa beraksi sekali, namun wajah-wajah cool crap mereka tetap sedap untuk ditonton. Nikmatilah! Harap maklum lokasi dirahsiakan.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

7 Dalil Pelik Ke Aku Ke Tak Pelik

2008 November 28th
14 Comments

Ini punya tag zaman jahiliah punya tag, tapi dah lama tak layan tag, tersentuh hati nak menjawab tag dari Syarnazymn. Takde yang pelik sangat, tapi lebih ke buang tabiat. Dah kurang kick aku rasa main tag ni, kita kena ubah main real punya tagged!. Seyn siap-siap aku nak “bela” ko lepas ni. 20 riban cukup?

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

Read the rest of this entry »

Filed under Free Writing

My Online Portfolio

2008 November 26th
10 Comments

Aku punya “so called online portfolio” akhirnya sudah di atas talian. Jika ada kelapangan sila lawati Popshovans Photography Portfolio. Masih belum 100% siap tapi aku kasik chance anda melawat dulu untuk kasik feedback, negatif and positif, constructive or non-constructive. Material masih sikit dan akan di kemaskini dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda. (Ada ke yang sokong aku? woot!)

Read the rest of this entry »

Entrepreneur Mode

2008 November 24th
15 Comments

*front (above) back (below)

Read the rest of this entry »

Fate and Future

2008 November 21st
22 Comments

*artwork and photography by me : addicted (abaikan expressi muka beliau)

Awas, entri berbaur jiwa melankolik. Aku semakin menghampiri hari-hari terakhir aku sebagai seorang yang bergelar pelajar, mungkin selepas ini tiada lagi sesi datang dan tidur dalam kelas, sesi mendengar desis-desis suara pensyarah memberikan leteran, sesi lepak bersama teman-teman seperjuangan, berpesatuan, program, aktiviti itu dan ini dan sebagainya yang aku rasa boleh memberi sentuhan jiwa “student life”. Bermastautin di Melaka ini membuatkan aku rasa waktu berjalan dengan begitu mencucuk-cucuk sekali, pejam celik dan celik pejam-pejam, sudah hampir 3 tahun. Seakan berada di dalam time machine dan seperti menonton filem click. Mungkin selepas ini, hidup aku lebih mendebarkan dan lebih mecurigakan barangkali. Samada bekerja sendiri mengikut bidang yang aku rasa luas prospeknya ataupun hanya kerja kerajaan makan gaji, bulan-bulan masyuk gaji. Politik jauh sekali, aku serahkan kepada mereka yang mengaku pandai mentadbir negara, mahu korupsi, kronisme itu terpulang, perut masing-masing.

Read the rest of this entry »

Filed under Free Writing

Destinasi Ku Yubiyu Mu

2008 November 16th
49 Comments

Photoshot yang dicanang-canang awal minggu dulu dan bertempat di Taman Botani Melaka dan sekitarnya, aku consider berjaya dilaksanakan, walaupun participant tak berkoyan-koyan, tapi lebih kurang 18 orang yang hadir, terima kasih kepada yang hadir. Sebelum ni asyik sembang dalam blog je, tak pernah sembang hati ke hati, jadi agak malu-malu duri semalu pada mulanya. Sempat jugaklah sesi ice breaking berkenalan dengan Yubiyu yang lain yang sebelum ni berkesempatan sembang dalam komen je, haha. Aku pun main hentam je pun arrange benda ni, datang sendiri-sendiri, makan pau McD orang lain, takde majlis makan-makan, doa selamat. Ape-ape hal, terima kasih atas kerjasama anda.

Read the rest of this entry »

Filed under Gig/Event, Photography

Eye On Malaysia Malacca

2008 November 14th
43 Comments

Eye On Malaysia kini di Melaka. Hati kecil aku menggeletek mengatakan teruja. Masa benda alah pusing-pusing ni ada kat Tasik Titiwangsa KL haram aku tak penah jejak. Sekarang benda ini datang sendiri kat aku, tak payah aku susah-susah pegi KL lepas ni. Dengar khabar kerajaan negeri Melaka dah beli roda besar ni dan akan kekal terus kat Melaka ni sampai ke anak cucu. Tapi posisi roda besar kali ini memang lagi dramatik, berada betul-betul di hilir Sungai Melaka dan menghadap Selat Melaka. Dia punya view, memang boleh bawak sampai ke sembahyang tahjud die punya rasa syukur lepas tengok kecantikan view disini. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk shot pada sebelah sunset dan sunrise, mesti lagi superb dia punya view. Sebelah malam pun agak menarik sebab ada effect pantulan dari Sungai Melaka dan bleh main-main dengan cahaya wa cakap lu. Jangan lupa bawak kamera kalau mahu terjah.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography, Ronda
Next Page »