2008 December 21st

Introducing new Wishbone line-up, Encik Syed. Sila rujuk gambar diatas, berdiri tengah sekali, pakai t-shirt hitam. Amcam,ada rasa geram tenung lama-lama? Kejambuan sedikit lagi menghampiri Seyn. Encik Syed akan memainkan peranan sebagai vokalis terbaru Wishbone. Dia punya suara sedap-sedap masuk halwa telinga. 20 Disember 2008, dukacitanya aku terlepas peluang nak menyaksikan performance sulung Wishbone bersama Encik Syed.Aku tak dapat beri ulasan lebih-lebih, pasal aku tidak berada ditempat kejadian. Dengar-dengar cerita suara die merdu, ada sikit lemak lunak-lunak. Yang lain-lain perform all-out tangkap nangis, mengikut saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut. Apa-apa hal diucapkan all the best and keep on rockin sampai tour de france.
Read the rest of this entry »
2008 December 21st

Bukan kamera trick, photoshop editing, pusing kamera dan super impose, pendy benar-benar terapung! Saksikan Maoz tak kelip-kelip mata terpesona dengan aksi melawan graviti Pendy. Chris Angel pun terhiling-hiling lagi nak buat gaya macam ni. Memang bersahaja dan tenang, tak kelam kabut langsung. Takde bait-bait muka menahan nafas dan terkasima. Aku suspek dia pakai ilmu hitam Ayah Pin
Mistik………
2008 December 19th

* Melaka Water Mill
Berada di kubikle seharian. mingguan, bulanan mengadap laptop tanpa aktiviti riadah, memang otak jadik sebu, tidak produktif dan lemau. Robot pun akan weng-weng kalau kerja lebih masa. Sekali-sekala kena kasik otak sedut udara segar, lihat pemandangan jauh, cowok-cowok dan cewek-cewek ganteng dan chill-out. Kalau anda mempunyai simptom-simption tekanan dalam kerja, eloklah bawak-bawak pegi pekena enjoy. Paling kurang pun kalau stress, apa kata main game baling kasut kat kepala Bush. ( Aih! pebende aku tulis ni, dah macam Donald Trumph)
Read the rest of this entry »
2008 December 14th

Baru minggu lepas aku purpose layout & design terbaru untuk company Danau Digital, tempat aku menjalani intership. Bos aku kata ok, nampak tanda-tanda setuju, jadi aku proceed dengan layout & design ini walaupun belum secara rasmi diterima pakai. Ini merupakan task pertama aku dan aku harap ianya dapat menonjolkan identiti company Danau itu sendiri. Rekabentuk macam biasa menggunakan perisian Adobe, hidup aku kalau sehari tak main Photoshop ngan Illustrator, memang aku rasa sesuatu kekurangan. Adobe memang superb dan i’m proud to be one of the ACE holder. Aku selitkan sedikit kelainan dengan sentuhan lightview dan javascript. Sila layari Danau Digital untuk maklumat lanjut, what Danau Digital it all about.
Read the rest of this entry »
2008 December 14th

Rapuan pertama untuk bulan Disember yang diselang-seli dengan sifat mungkar yakni malas. Bulan Disember bulan untuk berpraktikal dan menajamkan kemahiran insaniah. Bulan untuk memancing peluang untuk persediaan tahun baru 2009 yang tak lama lagi akan diterjah. Bulan Disember juga bulan penamat untuk aku dan sudah tiba masa untuk mencorak masa depan dan rentak aku. Bulan Disember masa untuk mengucapkan selamat tinggal tahun 2008 dan selamat tinggal buku-buku modul dan kertas-kertas peperiksaan yang saban tahun buat aku tak keruan. Bulan Disember juga bulan yang akan buat aku berfikir yang aku ni makin tua. Haih!
Read the rest of this entry »