2009 January 22nd

Whiz Solutions, sebuah syarikat berasaskan ICT yang makin nak membangun dan bersaing dalam arena industri teknologi maklumat masakini. Web site ini aku proposed pada mereka dan mereka bersetuju dengan senyuman. Menggunakan konsep korporat dan adunan warna yang mudah. Keep it simple but nice, orang kata. Terima kasih kepada Whiz Solutions dan siapa-siapa yang nak beli antivirus original segala bagai brand (Panda, Kapersky, AVG, Sophos) boleh deal dengan Whiz Solutions selaku partner/vendor rasmi antivirus kat Malaysia ni. Boleh lawati Whiz Solutions untuk info lanjut (Tak tau dah upload ke tak). Majulah Whiz Solution untuk antivirus negara!
Read the rest of this entry »
2009 January 20th

Pertama kali pekena kenduri kawin bawak kamera gantung kt leher pastu menonggeng-nonggeng depan pengantin, besan, biras punya pengantin sekali. Lokasi Kg. Sebatu Melaka, 18 Januari 2009. Memang berseri pengantin ni time nampak kelibat aku terhiling-hiling bawak kamera. Apa-apahal selamat pengantin baru kepada abang aku punya kawan punya kekasih hati. Firdaus dan Noralizah. Upload sikit-sikit cukup.
Read the rest of this entry »
2009 January 16th

Bukan senang nak jadik perekabentuk dan secara automatik memuaskan hati semua orang. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain. Snoop Dog bibir tebal tu pun ada orang kata kacak. Bak kata orang urban metropolitan zaman sekarang, cantik itu subjektif. Itu cabaran yang paling utama yang kena hadapi kalau nak jadik orang seni, dan cabaran itu jugalah aku rasa sangat menguji cara kita berfikir, memandang, memerhati dan mengadaptasikan sesuatu. Banyak benda lagi sebenarnya aku tak tau pasal seni digital, konsep seni dan guidelines. Haih!
Read the rest of this entry »
2009 January 15th

Musim cari duit dah bermula. My first web design freelance job for Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera (PKIBM). Just Mock-Up Design dulu dan harap-harap takda kayu balak melintang aku nak kaya tahun ni. Lepas-lepas ni makin banyak keje web-design aku mari-mari. Prospek makin cerah, projek buat web company jual cacing pun aku rembat lepas ni. Apa yang penting? Kerjasama! Nak berhibur pun aku dah takda masa skang ni, update blog makin slow. Masa lepak harus diisi serba sedikit topik perniagaan dan keusahawan skang ni. Kadang-kadang je boleh selit topik panas artis kena tangkap khalwat lagi. Paling koman kena lepak Uncle John Kopitiam. Pernigaan foto perkahwinan aku dah ada 2 3 booking. Siapa-siapa nak wajah mereka berseri time nak kawin nanti, hah cepat-cepat merisik aku. Business printing t-shirt, next week baju sulung kumpulan kugiran Wishbone akan release. Nantikan!
Read the rest of this entry »
2009 January 5th

* barang naik
Setelah mendapat perkenan majlis raja-raja jawa, maka dengan ini aku mengistiharkan tahun 2009 merupakan tahun buat duit, cari peluang, mengkaji prospek baru, menambah kuat tenaga batin, bela kambing, jual roti john, buat rambut macam Berbatov dan menjadi pemain pingpong semi-pro separuh masa.
Read the rest of this entry »