2009 March 29th

Dengan ini, secara rasmi aku baru angkut seketul lagi Gundam Dynames GN-002 scale 1/144, First Grade. Jenis robot macam askar untuk model ini. Boleh tahan rekabentuknya. Hari-hari beli Gundam, oh begitu terpesona, walaupun hati gundah-gulana. Memang betul-betul serius nak jadik collector Gundam cekal dah aku ni. 2 tahun lagi aku cadang nak buka muzium Gundam, amacam?
Read the rest of this entry »
2009 March 27th

Lepas sebijik, sebijik lagi aku beli. lalalala…Hari ni Gundam Virtue GN-005 scale 1/144, First Grade. Addicted sungguh! Geram aku tengok lama-lama. Rasa macam nak pegi Jepun. Model yang ini, ada sikit gemuk sikit dari GN-001, lebih bersenjata berat dan nampak lebih hensem dah gagah perkasa. Gemuk bukan sebarang gemuk, Gundam ini dipandu oleh awek wa cakap lu, Tieria Erde namanya (Ntah betul ke tidak jantina perempuan). Ingat pandu Gundam ni senang macam bawak kancil gear manual ke? Kalau Matematik Tambahan SPM C5, Fizik D7 ada hati nak pandu Gundam, jangan harap!
Read the rest of this entry »
2009 March 27th

Aku sekarang sedang mempraktikan hobi mewah terbaru. Mengumpul action figure Gundam! Model Gundam pertamaku, Gundam Exia GN-001, scale 1/144, First Grade. Hensem, mekanikal dan sofistikated. Ada 4 jenis model untuk Gundam Exia ni kalau tak salah aku, niat nak sambar belaka nanti. Dari dulu dah aku berdarah hidung nak kumpul benda alah ni, masa dulu sekolah-sekolah memang setakat terjelir lidah je tengok model Gundam ni, nak beli tak mampu, paling-paling kuat beli, Ding Dang, Tora.
Read the rest of this entry »
2009 March 21st

Lega dapat siapkan wedding album untuk Sam & Angah. Mintak maaf atas kelewatan dan harap anda berpuas hati. Melihat reaksi meraka ketika aku menyerahkan album ini, amat melegakan hati aku. Tiada kerutan-kerutan di dahi-dahi mereka. Tersenyum simpul dan tersengih-sengih. Walaupun aku masih kurang berpuas hati untuk hasil kerja kali ini, tapi i try to put my best effort on this work. Angah ni kawan kakak aku dan Sam ni sangat baik dan sporting orangnya. Very nice couple pada pandangan aku dan harus buat yang terbaik bila someone hired kita. Hope diorang suka la kan dan semoga berbahagia la hendaknya. Amin.
Read the rest of this entry »
2009 March 12th

My latest wedding job, bertempat di Kuala Lipis. Majlis perkahwinan Angah & Sam. Very sporting couple terutama Sam yang selesa berposing walaupun penat majlis kenduri tak abis lagi terus pekena outdoor shooting. Aku suruh angkat bini dia, dia angkat, aku suh dukung dia dukung. Cadang-cadang nak suruh buat aksi terjun tasik, tapi tak sampai hati la pulak. Apa-apa hal tahniah kepada pasangan pengantin baru ini dan hope sabar menanti album yang masih dalam pembikinan. Turut berterima kasih jugak kepada Azim kerana membantu dan sambil-sambil memeriahkan majlis.
Read the rest of this entry »
2009 March 5th

Aku ada satu projek dalam perancangan dan memerlukan kerjasama dari pihak anda-anda semua bagi menjayakannya. Untuk pengetahuan semua laman web Yubiyu secara rasmi telah disponsor oleh Zaki Hosting. Terima kasih untuk pihak beliau kerana bermurah hati menaja domain serta hosting yubiyu, dan terima kasih juga kerana pihak beliau prihatin terhadap kewujudan yubiyu serta mengambil inisiatif untuk menaikkan setapak lagi fungsi yubiyu ini.
Read the rest of this entry »
2009 March 2nd

Berdarah hidung? Lutut menggegel? Berminat dalam modeling? Mahukan perkhidmatan outdoor photography for modeling portfolio? Teringin nak bergambar kenangan Outdoor Portraiture bersama orang tersayang, rakan-rakan ataupun sanak saudara? Kurang keyakinan? Inginkan berat badan ideal? Jangan tunggu lagi dan pick up your phone, contact me for details. Sila layari Flickr untuk foto-foto selanjutnya.
Read the rest of this entry »