2009 June 28th

Album perkahwinan Baan sudah siap dan sudah selamat diterima dengan senyuman manis bini Baan. Moga selepas ini bertambah bahagia dan dapat anak yang comel-comel. Diharap dengan album ini sedikit sebanyak dapat dijadikan kenangan sehingga ke anak cucu beliau. Menyiapkan album pelanggan dan mendapat feedback senyuman excited memang satu kepuasan bagi aku.
Read the rest of this entry »
2009 June 23rd

New wedding package, lebih affordable untuk pasangan yang kurang budget tetapi dengan hasil yang berkualiti. Pakej fotografi tunang dan pre-wedding juga boleh didapati dengan harga dah kira paling berperikemanusiaan dah tu. Tak kira orang kampung, orang bandar, orang laut dan orang bukit, rasa-rasa nak bergaya, berposing di pertunangan dan majlis raja sehari anda, jangan segan silu hubungi kami. Orang kata, kawin sekali je seumur hidup (insyallah kekal), apa salahnya kalau abadikan kenangan dalam bentuk album, buat tatapan anak cucu anda nanti. Kami berpegang pada prinsip, good quality is the good marketing strategy.
2009 June 23rd

Photo credit to : Pet Pet
Location : Bukit Beruang Hill
Time : 7.00 pm ++ sunset
Rasa tidak kacak membiarkan blog tidak update berminggu-minggu. Sibuk dengan hal-hal duniawi. Entri yang ditulis tanpa perancangan seperti entri-entri portfolio sebelum ini. Seperti ada kekurangan, meniti hari-hari yang semakin sunyi. Dalam dilema mencari sesuatu yang tidak pasti. Asyik termenung dan blur melihat pusingan laju kipas siling di bilik ku. Bak kata pepatah melayu
” Yang dikejar tak dapat, yang di kendong pula berciciran.” (Peribahasa dipetik dari buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4)
Rupanya pasal rambut korea ikal mayang aku yang panjang mengurai sampai ke bahu dah terkorban, nak keje gomen punya pasal, damn! Penat aku simpan sampai setahun tak potong-potong, keje gomennya belum tentu, standby je.
Read the rest of this entry »
2009 June 8th

Musim cuti sekolah memang tak lekang dengan majlis perkahwinan dan itu sebenarnya salah satu petanda poket aku bakal masyuk. Rezeki cuti sekolah orang kata. Sempat juga aku terjah sampai ke Terengganu menghadiri kenduri kawin. Selamat pengantin baru kepada Baan (bukan nama sebenar) dengan isteri tercinta yang telah berlangsung pada 4 & 5 Jun 2009 lepas. Lokasi perkahwinan bertempat di Kuala Terengganu dan lokasi pergambaran outdoor berlangsung di sekitar masjid terapung.
Read the rest of this entry »