2009 July 24th

Semenjak bergomen ni, penampilan diri merupakan komponen paling penting untuk memberi impressi pertama yang anda seorang pekerja gomen yang kemas dan komited walaupun hakikatnya gaya malas muka nak mintak pelempang. Bila lagi nak semart, bila lagi nak tiru gaya drama melayu tipikal, time keje gomen la nak pakai semart, untung-untung setiausaha sulit menteri main suweet-suweet dengan aku.
Read the rest of this entry »
2009 July 23rd

Masih tak terlambat untuk beritahu yang aku tidak lagi berada di Melaka. Kini aku sudah memulakan hidup baru dengan suasana yang baru, persekitaran yang baru serta langkah baru di Kota Pentadbiran Malaysia Putrajaya. Selamat tinggal Melaka, Ayer Keroh, UTeM dan Selamat tinggal Danau@Nordin Group. Banyak pengalaman yang aku belajar disana dan akan aku gunakan sebaik mungkin. Terima kasih kawan-kawan sepermainan yang banyak membantu susah dan senang aku selama bermastautin di Melaka. Terima kasih Dr. Zaharim dan Pn. Adilah serta semua staff Nordin Group yang selama ini banyak membantu aku serta buat aku belajar erti hidup berkerja. Pengalaman berkerja pertama aku di Melaka. Berat hati meninggalkan Danau, tapi memetik kata-kata Dr, Zaharim. Hidup ini memerlukan kita “Move On” demi kebaikan dan kemajuan, kadang-kadang memang berat nak meninggalkan sesuatu yang kita rasa sudah selesa, tapi life need challange, hidup takkan nak selamanya mendatar. Pahit manis aku bersama Danau@Nordin Group tidak akan aku lupakan, senang-senang nanti pasti aku akan kembali lagi ke Danau.
Read the rest of this entry »
2009 July 7th

Photo credit to Pet Canon, spek itam kredit to Zam
Ahad 5 Julai dengan tidak pasal-pasal aku planning untuk pergi outing bersama dengan penembak-penembak veteran UTeM. Selalunya planning dekat-dekat area Melaka je, tapi kali ini rasa macam nak berubah angin sikit, pergi menembak ke Putrajaya sambil bertemu rakan seperjuangan fotografi disana En Zam dan seorang lagi rakannya aku ingat-ingat lupa dia punya nama, Burt kalau tak silap aku.
Read the rest of this entry »
2009 July 6th

Termenung memandang pusingan kipas berkelajuan 3 di hari minggu, tergerak hatiku untuk mengetahui sejauh mana perkembangan rakan-rakan seperjuangan papan luncur aku dizaman muda mudi dulu. Sudah lama benar tidak bertemu lepak bersama. Teringat zaman jiwa ekstimis dulu, berpapan luncur bagai mat rempit. Malam minggu lepas aku berkesempatan berjumpa balik muka-muka lama dan muka-muka baru scene skate Melaka. Agak memberangsangkan peningkatan hati kering belia-belia ektrim Melaka ni. Macam-macam trick mustahil keluar. Mungkin kerana sudah lama tidak ambil tahu perkembangan, aku beranggapan scene skate Melaka sudah terkubur, tapi sebenarnya semakin besar rupanya.
Read the rest of this entry »