2009 August 27th

Salamat menjalani ibadah berpuasa walaupun puasa dah hampir seminggu dan jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan terbaik buat anda. Suasana ramadhan yang baru bagi aku untuk tahun ini. Pertama kali berpuasa sebagai seorang pekerja, bukan lagi sebagai pelajar. Pertama kali berhempas pulas dalam kesesakan jalanraya semasa pulang berkerja, damn aku memang tak suka buang masa dalam kereta aku yang tahap panas dia sama macam duduk dalam enjin, ditambah tekak kering bulan puasa. Terasa seperti di Ulu Zimbabwe. Melihat perangai-perangai pemandu tak reti bahasa, sesuka hati abah beliau potong que, macam beliau sorang yang lewat, padahal orang lain pun nak balik jugak, membuatkan aku rasa nak terajang ekzos kereta mereka sekor-sekor. Nasib baik bulan puasa, kalau bulan zulkaedah ke bulan rejab ke, memang siap! Kalau nak potong que sangat, pegi potong keta Que Haidar.
Read the rest of this entry »
2009 August 21st

Average aku topup kredit sekarang ni RM10.00 untuk 2 ke 3 minggu. Average henset aku berbunyi nada dering panggilan 1 ke 2 kali seminggu. Average SMS masuk ke henset aku 5 ke 6 keping seminggu dengan berkapasiti 1 ke 2 baris ayat. Rasa malas dengan henset aku yang dah uzur dan suka-suka hati restart sendiri pastu shutdown sendiri. Berapa kali dah kena hentak bucu meja, pastu pandai pulak dia on sendiri. Nak kena siksa dulu baru nak on.
Read the rest of this entry »
2009 August 18th

Pejam celik sudah sebulan aku berkhidmat di sektor gomen. Banyak benda baru yang aku terdedah dengan dunia gomen ni. Macam-macam rupa dan perangai. Sempena menyambut sambutan sebulan bersama gomen, aku senaraikan 7 dalil-dalil mitos mengenai kerja gomen.
Read the rest of this entry »
2009 August 6th

Dalam kesibukan bergomen (ayat nak mintak penyepak), sempat juga aku bertandang ke majlis bertunang kawan rapat kakak aku yang berlangsung 2 Ogos lepas di Kuala Lipis. Dah lama tak pekena kenduri sambil menjana pendapatan. Memang berseri-seri Linda walaupun suara mengalahkan Wan Maimunah dia punya serak. Apa-apahal tahniah diucapkan kenapa Linda dan Eddy, semoga jodoh sampai ke gerbang perkahwinan serta berkekalan hendaknya. Kalau kawin nanti nak hire lagi, saya mari dengan lebih tersengih.
Read the rest of this entry »