Post Mortem | Lense Flare

2009 October 20th
13 Comments

dsc_7765

Untuk menghasilkan foto yang lebih dramatik, anda boleh cuba teknik fake lense flare. Lense flare bermaksud apabila satu sumber cahaya yang terang menyinari lense kamera anda tapi bukan dalam grid penglihatan viewfinder anda. Ia akan menyebabkan image yang terhasil kurang contrass akibat kesan silau dari sumber cahaya tersebut. Bagi mengelakkan kesan lense flare ini daripada berlaku, maka gunakanlah lense hood. Lense flare bukanlah sesuatu yang tak manis dilihat, tapi sebenarnya unik dan untuk mendapatkan kesan lense flare ni, agak sukar kerana kena betul-betul ketika cahaya matahari tengah perit. Penat jugak nak cari posisi.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

Post Mortem | Creative Lighting

2009 October 20th
5 Comments

dsc_78011

Sempena outing post-convo tempoh hari, kami berjaya melakukan beberapa shot experimental, bermain-main dengan konsep creative lighting.  Tidaklah sekadar hanya outing berseronok-seronok sahaja, tapi sedikit-sebanyak dapat memperbaiki teknik pencahayaan yang betul dan dramatik. Proses creative lighting kali ini menggunakan 2 buah speedlite yang di ‘trigger’ menggunakan fungsi ‘flash trigger’. Maksud flash trigger ialah cahaya flash dari kedua-dua speedlite dikesan melalui letupan cahaya flash pada speedlite kamera. Ia juga menggunakan konsep infra merah untuk berkomunikasi antara speedlite dan kamera. DSLR versi moden sekarang pasti menyokong fungsi ini. Kalau tak paham boleh try google.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

Post Mortem

2009 October 19th
30 Comments

img_4097

Let the pictures do the talking. Outing photoshoot sempena student post convo utem, (takde kaitan dengan convocation langsung) berjaya dilaksanakan selepas hujan melanda Putrajaya. Overall aku puas hati pasal muka aku paling banyak dalam gambar. hahaha! Persediaan yang lebih teratur dengan penggunaan berbagai jenis prop dan costum. Terima kasih kepada yang hadir, model & photographer walaupun tak seramai yang confirm kehadiran dalam Facebook. Photography akan menjadi seronok bila ada prop dan location yang menarik.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

Wedding Zairi & Azra

2009 October 13th
7 Comments

img_7418

Jangan hadkan daya imaginasi anda ketika mengambil gambar kawin. Gunakan segala prop yang berkemungkinan berpontensi. Kalau ada binatang contohnya kucing yang lalu lalang, tangkap dan suruh pengantin lambung. Abstrak bukan? Kalau ada ayam melintas, cuba-cubalah kejar. Apa-apa hal tahniah kepada Zairi dan Azra. (Betul ke nama dia eja Azra?) semoga kekal sepanjang zaman. Majlis menyambut menantu berlangsung di Kg. Tersan Raub Pahang 10 Oktober 2009 yang lepas.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography, Wedding

Post Convocation

2009 October 8th
40 Comments

poster2

Be a part of history. Tidak rasmi, tiada paksaan dan tiada makan-makan. Tiada tentatif dan hanya main taram untuk kenangan masa tua. Siapa ada kereta sport Fairlady atau Ferrari Enzo boleh bawak sekali, boleh aku posing baring manja atas bonet kereta. Kalau ada eksesori tambah seperti sun glasses, payung cinderella, curut serta topi mafia boleh bawa sekali. Jangan bawak pistol, sub-mesingan sudah. Tema kali ini, Metroseksual Sopan Ketimuran.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

My Convocation Day

2009 October 5th
26 Comments

img_7155

Selesai sudah majlis konvokesyen ijazah aku. Berlangsung di Dewan Besar UTeM yang serba baru dan pertama kali digunakan dalam suasana yang sangat boleh membuatkan anda rasa bangga. Perasaan semasa melihat para graduan berjubah lengkap berarak masuk ke dalam dewan, dia punya feel macam jadik Perdana Menteri. Kadang-kadang berdebor juga dada tunggu turn naik pentas menerima ijazah, mana la tau tersampuk tersadung jatuh tangga ke, pastu patah gigi, pastu tercampak spek mata bawah kerusi naib Chanselor, pastu Chanselor pijak patah spek mata aku, bukankah akan menjadi pengalaman ngeri nanti?  Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Konvokesyen UTeM kali ini turut dimeriahkan lagi dengan penganugerahan Doktor Kehormat kepada bekas Tun Dr. Mahathir dan isteri.  Penat lelah selama beberapa tahun akhirnya terbalas dan puas.

Read the rest of this entry »

Filed under Me Myself