Outdoor : Linda & Eddy

2009 November 23rd
16 Comments

img_8712

Selamat sudah majlis perkahwinan Linda & Eddy yang berlangsung di Kuala Lipis 21 & 22hb yang lepas. Pada aku, ini merupakan salah satu kenduri kawin yang agak meriah walaupun terpaksa menempuh hujan sepanjang majlis berlangsung. 3 hari hujan turun tak berhenti, ibarat membajak sawah je dia punya becak dihalaman rumah pengantin. Ditambah pula satu kejadian ngeri dimana shutter kamera aku jem, tak boleh nak snap. Tak tentu hala jadinya, pengantin (dan kawan-kawan pengantin) dok ready tersengih posing, kamera jem. Peh….  Berderau juga memikir apa nak buat. Nasib baik godek punya godek, dia jalan balik, pandai betul kamera aku bergurau time-time genting ni. Ada hampir 800 keping aku snap, paling banyak dalam sejarah kamera aku. Patut ar meragam.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography, Wedding

Popscape

2009 November 9th
37 Comments

popscape6

Coming soon, projek yang dah lama aku berhajat nak buat, perform a photography team untuk bergerak dengan lebih serius dan meluas.  Menawarkan perkhidmatan dan produk berkualiti dan lebih berdaya saing. Tidak sekadar mencari keuntungan tapi lebih kepada menghargai nilai photography itu sendiri. Buat masa ini, Popscape Image hanya terdiri dari 5 orang anak muda yang punyai minat dan passion yang sama. En Zymm, En. Muz, Puan Mun dan aku sendiri. Memang ada niat untuk kumpul semua rakan-rakan rapat dalam photography untuk bersama, tapi masih belum menjumpai formula terbaik untuk mengharungi kancah ekonomi photography tempatan yang masih tidak stabil.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography

BBO | Behind The Scene

2009 November 3rd
17 Comments

img_7857

Disebalik tabir Burt Buddy Outing (BBO). Seronok juga melihat gelagat mereka ini. Bermacam ragam dan style untuk mendapatkan posisi sudut yang terbaik. Meniarap, tertiarap, duduk bersimpuh, terkangkang sana-sini tiada menjadi masalah, asalkan berpuas hati dengan hasil yang keluar. Aku rasa kalau Lisa Suriani atau Scha Al-Yahya yang jadik model, boleh meletup shutter tak henti-henti klik.

Read the rest of this entry »

Filed under Artwork

Burt Buddy Outing | The Model

2009 November 2nd
9 Comments

img_7797

Burt Buddy Outing pada 1hb November lepas. Bertempat di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.  Outing paling ramai aku pernah join and one of the best. Disertai lebih kurang 25 orang photographer.  Dapat juga kenal photographer sekitar Kuala Lumpur serta belajar sesuatu yang baru dan pengalaman yang priceless. Paling penting, outing disertai dengan beberapa orang model buat pembakar semangat untuk menembak. Thank kepada organizer En. Burt yang cool serta rakan-rakan lain yang turut serta. Lain kali buat lagi. Enjoy the photos.

Read the rest of this entry »

Filed under Photography