Popshovans Apekejadahnya
Pasti korang tidak tertanya-tanya ape benda la maksud yang tersirat disebalik Popshovans tu kan? Aku tau anda takkan tanya, lalu aku dengan sukarelanya bercerita apakah maksud disebalik perkataan yang unik itu. Mengikut kamus dewan edisi 1998, Popshovans memang tidak mempunyai maksud yang tepat dan memang tidak akan jumpa pun kalau anda selak sampai koyak, kerana pakar-pakar bahasa agak sulit untuk merungkaikan perkataan tersebut. Lantas pakar-pakar bahasa mengkategorikan perkataan ini sebagai perkataan susah ditafsir.
Akibat dari peristiwa tersebut, ramai orang tidak mengetahui maksud sebenarnya. Atas kesedaran dan tanggujawab sosial, aku terpanggil untuk menterjemahkan maksud tersirat disebalik perkataan popshovans. Kalau anda search kat Wikipedia, kemungkinan besar anda semua akan terjumpa Pop Shuvit yang bermaksud kumpulan kugiran rap-rock merdeka Malaysia (Malaysian independent rap-rock). Root word bagi perkataan Popshovans sebenarnya terdiri daripada tiga perkataan yang berlain yang ditunggang terbalikkan iaitu :
- Pop = Bermaksud jump = lompat = terkinja-kinja
- Shov = Bermaksud rotate = pusing = menguis sehingga berpusing
- Ans = Bermaksud era = zaman = waktu. Contohnya, zaman 80an, 90an
Jadi, apabila digabungkan ketiga – tiga perkataan akar akan itu menjadi Popshovans yang bermaksud zaman-zaman melompat pusing terkinja-kinja. Kenape? Mesti anda hairan kan?
Baiklah, untuk pengetahuan semua, ketika aku masih di zaman persekolahan dan zaman mengaji di menara gading, sukan premier aku ketika itu, papan luncur (skateboard). Tapi disebabkan zaman sudah berubah dan perut aku pun sudah semakin maju, lutut semakin ketar dan balancing semakin goyah, aku memutuskan untuk menamatkan profession aku sebagai pemain papan luncur semi pro. Tidak mampu lagi aku nak terkinja-kinja sehabat zaman remaja dahulu. Dalam sukan papan luncur ini jugak, terdapat satu trick asas yang dinamakan Pop-Shuvit dan ia merupakan trick pertama yang aku dapat kuasai. Sampai sekarag trick itu je la yang pandai aku perform, balik-balik trick Popshovit je aku bukak. Pemain papan luncur semi pro seperjuangan aku yang lain pun dah naik menyampah dengan trick trademark aku ni.
Mengenangkan zaman kegemilangan papan luncur aku dulu, maka dengan dukacitanya aku mengabdikan kenangan indah aku dulu dalam perkataan POPSHOVANS. The past is always inspire me to be realistic and be yourself. Look at the past and you will see your path in the future.
p/s : Jangan salahkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tafsiran ini hanyalah sebahagian dari signifikasi pengalaman lepas aku.












“Popshovans Apekejadahnya”