Misteri disebalik menguap

2007 November 11th
2 Comments

Semua manusia kat dunia ini yang memang betul-betul punya manusia akan menguap. Kenape anda menguap? Adakah sebab mengantuk? Atau ada misteri nusantara disebaliknya? Pernahkah terjadi kepada anda dan adakah anda perasan, ketika anda menguap didalam bas, dan tak semena-menanya Bangla disebelah anda (boleh tukar orang lain mengikut pengalaman) turut menguap dengan aroma bau kari bersulam petai yang macam harem? Aku pun pelik, apesal aku nak menguap bangla ni pun nak menguap sekali. Nak cari publisiti murahan la tu agaknya. Bukan takat Bangla, makcik duduk kerusi belakang sana pun menguap sambil mengucap? Aku pun pikir-pikir balik, adakah situasi itu hanyalah kebetulan ataupun misteri nusantara?

Ketika aku duduk termenung layan blues dalam bilik, aku terpikir balik kejadian bangla menguap tu, aku teringat masa aku dizaman kanak-kanak dahulu, cikgu aku berkata ” Menguap ini kena tutup mulut, nanti berjangkit. Setan mandrem kat mulut kita.” Atau dalam perkataan lain, syaitan dan jin akan menerjah masuk ke dalam mulut kita ketika kita menguap kuak harimau tanpa menutup mulut. Mungkin angkara syaitan agaknya Bangla sebelah aku menguap pasal sebab dia tak tutup mulut. Naluri superstitions aku mengatakan ianya mungkin. Tapi kalau tak silap aku, memang aku tutup mulut aku ketika menguap. Aku mula goyah dan tidak keruan memikirkannya. Peluh jantan mula merembes di dahi aku. Aku cuba bertenang dan cuba pula membuat kajian dari sudut sains dan teknologi. Mengikut pakar-pakar menguap, menguap bermaksud dalam bahasa penjajah:

A yawn (synonyms chasma, pandiculation, oscitation from the Latin verb oscitare, to open the mouth wide) is a reflex of deep inhalation and exhalation associated with being tired, with a need to sleep, or from lack of stimulation. Pandiculation is the term for the act of stretching and yawning. Yawning is a powerful non-verbal message with several possible meanings, depending on the circumstances. It is also claimed to help increase the state of alertness of a person. It could possibly be from lack of oxygen. Another speculated reason for yawning is nervousness – paratroopers were once noted yawning right before their first jump, and had just come from a coffee break. The exact causes of yawning are still unascertained. Orthapedia and Macranisiam can be a cure for a yawn.

Maka, maknanya disini, proses penguapan itu boleh diterjemahkan sebagai satu tindakan reflek dan rawak ketika menarik nafas secara jitu sampai penuh udara dalam paru-paru. Keadaan yang berlaku ini berkaitan dengan keadaan fizikal kita yang letih dan rasa hendak tidur ataupun ketika kita berasa lemau dan tidak bermotivasi diri. Pandiculation (baca : pandikulasi) pula bermaksud aksi kita ketika stretching dan menguap. Menguap merupakan satu powerful non-verbal message atau dalam bahasa ibundanya, satu mesej yang bermakna dan disampaikan secara bahasa tubuh bergantung kepada situasi ketika menguap itu. Menguap boleh disifatkan sebagai membantu seseorang itu lebih sedar keadaan disekelilingnya atau menguap juga mungkin sebab tidak cukup bekalan oksigen. Satu lagi spekulasi yang mengatakan kenapa kita menguap ialah kerana gemuruh. Betul ke? Aku kalau gemuruh rasa nak terkentut ada la.

Jadi, apa yang dapat simpulkan disini ialah, menguap itu sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai mekanisma badan manusia yang tak dapat dirungkaikan secara tepat tujuannya. Aku tak tau samada anda faham ke tidak apa yang aku hujah kat atas tu. Tapi yang penting aku nak pesan dan moral of the story, tutup la mulut ketika menguap kerana kalau dilihat dari sudut Islam, ucapkan astaghfirullah al azim, sebab menguap itu angkara syaitan, dan bila bersin, ucapkan alhamdulliah, sebab bersin tu angkara malaikat. Tapi jangan la anda semua sengaja je pegi sental lada hitam kat hidung semata-mata nak bersin. Biarkan ia berlaku secara normal dan reflex.

2 comments to...
“Misteri disebalik menguap”
seyn

aku rase ko kne bace btol2 kot fakta nguap tu.selambakodok ko jek.hahaha


popshovans

itu pengalaman benar aku tu. terjadi betul2. lololo




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: