Klassik Papan Luncur
Termenung memandang pusingan kipas berkelajuan 3 di hari minggu, tergerak hatiku untuk mengetahui sejauh mana perkembangan rakan-rakan seperjuangan papan luncur aku dizaman muda mudi dulu. Sudah lama benar tidak bertemu lepak bersama. Teringat zaman jiwa ekstimis dulu, berpapan luncur bagai mat rempit. Malam minggu lepas aku berkesempatan berjumpa balik muka-muka lama dan muka-muka baru scene skate Melaka. Agak memberangsangkan peningkatan hati kering belia-belia ektrim Melaka ni. Macam-macam trick mustahil keluar. Mungkin kerana sudah lama tidak ambil tahu perkembangan, aku beranggapan scene skate Melaka sudah terkubur, tapi sebenarnya semakin besar rupanya.
Nak turut serta melompat apakan daya, sudah tidak mampu mempersembahkan aksi lompat kangkang di tangga. Masalah berat badan serta lemau. Ollie kotak mancis pun belum tentu lepas. Maka aku mengambil inisiatif duduk menonggeng dan snap mana-mana trick yang sempat di snap. Ya memang susah! Nak capture aksi para skateboarder memang memerlukan mata anda peka dengan setiap pergerakan serta timing masa yang sesuai untuk menekan shutter. Angle juga menjadi salah satu faktor yang penting untuk memastikan setiap trick yang dilakukan nampak lebih dramatik serta ada “ketinggian”. Mempraktikan low angle ketika skateboarder melakukan trick dapat menghasil effect “ketinggian” walaupun pada hakikatnya skateboarder hanya melompat berketinggian paras lutut.
Faktor lense kamera jugak memainkan peranan yang penting untuk mendapat hasil yang memuaskan. Kebanyakan skateboarder photographer menggunakan fisheye lense untuk mendapatkan hasil yang lebih wide dan juga effect “ketinggian”. Tetapi harga untuk seketul fisheye lense ibarat membeli sebuah motosikal Yamaha 135LC. Kalau anda seorang yang kreatif, gunakan teknologi photoshop untuk menghasilkan effect sebegitu.
Ashraffi : 360 flip
Kadang-kadang setiap trick yang dilakukan skateboarder tidak semestinya dapat dilakukan secara konsisten. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang 10 kali percubaan pun tak menjadi. Untuk mendapatkan moment terbaik dalam sukan skateboard memang pada aku sangat mencabar dan skateboarding photography memang salah satu cabang yang aku minat, cuma takde sifu serta tidak berkesempatan untuk praktis lebih mendalam.
Uda : Kickflip
Maoz Hati Kering : Kickflip Goofy
Lan : Heelflip tak landing
Unknown (aku tak kenal) : Hardflip secara tak sengaja
Selamat tinggal skateboarding, jadik orang belakang tabir. May the force be with you, skate skate jugak, tapi sistem pembiakan mesti kena jaga. Ingat anda semua belum kawin. haha

















“Klassik Papan Luncur”