UTeM Flickr Outing
Photo credit to Pet Canon, spek itam kredit to Zam
Ahad 5 Julai dengan tidak pasal-pasal aku planning untuk pergi outing bersama dengan penembak-penembak veteran UTeM. Selalunya planning dekat-dekat area Melaka je, tapi kali ini rasa macam nak berubah angin sikit, pergi menembak ke Putrajaya sambil bertemu rakan seperjuangan fotografi disana En Zam dan seorang lagi rakannya aku ingat-ingat lupa dia punya nama, Burt kalau tak silap aku.
Outing kali ini disertai seramai 7 orang, tidak dapat mengumpul semua ahli-ahli sebab Kamil dia buat-buat sombong. Apa yang paling menarik perhatian perjumpaan kali ini turut disertai dengan kemewahan kilauan lense 100-400mm IS L! Tahap legenda jugak lense ini walaupun sudah berusia hampir menjangkau 10 tahun, tapi performance yang ditunjukkan tak pernah mengecewakan. Terima kasih En Zam dan rakannya yang sanggup beri pinjam, kalau aku nak beli sendiri mau tergadai dulu kerata kancil aku.
Tuan tanah lagi tamak dari aku rupanya, dengan bag sekali dia sapu
Lokasi pergambaran hanyalah sekitar jambatan-jambatan mewah di Putrajaya, walaupun dah beratus kali orang pegi shooting disitu, tapi rasa nak pegi jugak shooting. Sepanjang berada di Putrajaya boleh kata hampir 7 pasangan pengantin aku terserempak tengah shooting outdoor. Memang musim mengawan betul bulan 7 ni.
Zam buat muka manja tak patut : Photo credit to Pet Canon
Model rasmi takde, model sesama sendiri je ada, ko tangkap muka aku, aku tangkap muka ko, amcam? : Photo credit to Pet Canon
Nan pasang cita-cita nak jadik model busana : Photo credit to Zam Alpha
Selain mendapat peluang memulas-mulas, meraba-raba lense kaler putih, kami akhirnya dapat juga merasa mempraktikan kaedah pencahayaan menggunakan lebih dari satu speedlite, atau lebih dari satu sumber cahaya. Memang seronok jugak main benda alah ni, terasa seperti berada di dalam studio walaupun lokasi sebenar duduk tepi jambatan. Masih banyak yang perlu di terokai tapi asasnya, aku memang berminat betul dengan creative lighting ni, lebih mencabar weh.
Ingin mengetahui tips-tips berkaitan pencahayaan yang betul, boleh rujuk pada Str0bist ini dan ini
Zam dengan silat cakra putar alam : Photo credit to Muz
Pet Mraz : Photo credit to Me
Kepada sumer, Pet, Muz, Nizam, Zam dan Burt, tuan tanah punya lens kaler putih dan tidak lupa kepada model semi-pro Cik Nanz kerana sudi lepak bersama-sama sambil buang masa, macam biasa la style aku bukan pernah nak merancang, rasa tergerak hati nak pegi outing, aku on terus, padan muka la mana-mana yang kurang tu. hahah. Ada peluang kita outing lagi, bawak lense kaler putih 2 3 bijik, baru macam National Geographic sikit.
Lagi foto akan diupload, tak abis kutip lagi dari kamera orang lain, kamera aku sendiri pun tak transfer lagi haih!



















“UTeM Flickr Outing”