New Life

2009 July 23rd
25 Comments

img_0686

Masih tak terlambat untuk beritahu yang aku tidak lagi berada di Melaka. Kini aku sudah memulakan hidup baru dengan suasana yang baru, persekitaran yang baru serta langkah baru di Kota Pentadbiran Malaysia Putrajaya. Selamat tinggal Melaka, Ayer Keroh, UTeM dan Selamat tinggal Danau@Nordin Group. Banyak pengalaman yang aku belajar disana dan akan aku gunakan sebaik mungkin. Terima kasih kawan-kawan  sepermainan yang banyak membantu susah dan senang aku selama bermastautin di Melaka. Terima kasih Dr. Zaharim dan Pn. Adilah serta semua staff Nordin Group yang selama ini banyak membantu aku serta buat aku belajar erti hidup berkerja. Pengalaman berkerja pertama aku di Melaka. Berat hati meninggalkan Danau, tapi memetik kata-kata Dr, Zaharim. Hidup ini memerlukan kita “Move On” demi kebaikan dan kemajuan, kadang-kadang memang berat nak meninggalkan sesuatu yang kita rasa sudah selesa, tapi life need challange, hidup takkan nak selamanya mendatar. Pahit manis aku bersama Danau@Nordin Group tidak akan aku lupakan, senang-senang nanti pasti aku akan kembali lagi ke Danau.

Kini aku bertugas sebagai Pegawai Tadbir secara kontrak di Putrajaya, dengan organisasi yang lebih besar, mencabar serta sudah pasti dengan kerenah dan biokrasi yang berbagai-bagai. Masih lagi dalam proses penyesuaian diri dengan suasana dan kelas kasta di institusi kerajaan dan setakat ini alhamdullillah tiada masalah. Dulu drive kereta tak sampai 1km dan sampai ke pejabat, sekarang hampir 50km pergi balik berulang. Tersiksa juga Kancil Turbo aku hari-hari. Dulu pergi pejabat bukan main selekeh dengan rambut panjang mengurai, T-shirt dan jeans berjenama bundle, kini hari kerja aku bukan main smart lagi, dengan kemeja bergosok serta tali leher, rambut persis Zed Zaidi pergi pejabat dalam drama Sembilu Kasih. Memang total make over. Tapi aku tabahkan jua, demi masa depan bersama kerajaan. Boleh berangan nak pakai Honda City lepas ni.

Menghitung hari untuk kembali ke Melaka untuk majlis konvokesyen aku, Oktober akan datang. Selamat maju jaya, siapa-siapa yang teringin nak pergi Putrajaya, Puchong dan Kinrara, sila roger aku, itu sumer kawasan-kawasan jajahan aku sekarang.

25 comments to...
“New Life”
k.e.r.i.

aku sudah menjajah puchong lagi awal dari ko.
haha.


zam hamdan

umah aq kat serdang, roger2 ar skali.
mane tau dapat rse lens putih lagi kan2.


misscomot

selamat maju jaya itik…=D
tunjuk ah pic smart cam zed zaidi klon tuh…
muwahahaha…..


abdusfauzi

aku doakan ko tabah dalam menempuh dugaan menghadap karenah rakyat & pemimpin malaysia.

jaga-jaga sama *hadiah*
:P


fendy

pergh orang gomen skrg


zymn

Selamat datang ke alam baru. hohoho..

p/s: mggu lepas aku outing dgn lens putih lg. ushar blog burt.


popshovans

ah lepas ni, aku luaskan kawasan jajahan aku sampai ke bukit jalil plak lepas ni.


popshovans

takde masalah, serdang 20minit sampai, tuan lense putih tak sound lagi nak outing.


popshovans

eh dia yang itik sebenarnye, next entri keluar la muka zed zaida. hahaha. dah dah! pi wat keje, asyik menfacebook je


popshovans

hadiah ntah hape2, takde kepentingan untuk aku langsung, cuba la kasik bonus kakitangan awam 3 bulan ke untuk raya akan datang ni, ada jugak faedahnya. hahahah


popshovans

ceh! outing lense putih tak sound langsung! sampai hati. hahaha


nowa

;)


Ahmad Zaharim

Salam Razif,

You have made a lot of contribution to DANAU during your internship and I would like to say thank you for that. Your ability to translate ideas and concepts which I have in mind into visuals and graphics made you very rare and special.

Singgahlah di ofis bila-bila ke Melaka terutama pada hari Sabtu, tapi call dulu.

DrZ


semy

selamat mju ke hadapan….perut..haha..kalo outing jgn lupa bigginner cam aku kat shah alam neh..nak itot..


nanz

abg ajib,nak piza kena lepak ngan aku. haha


mUz

aku ade bhn bukti ajib g kerja 1st day..
hahaha.. tggu nk anta kt majalah maskulin je


Munirah Abd

wei esok aku lalu putrajaya balik banting.. :D


popshovans

aku balik kampung petang ni daaa…..


popshovans

ha mana aku punya gambo gaya farid kamil aku tu, send la ke aku, bukan senang aku nak dressup maskulin mcm tu beb.


popshovans

cun cun nanti aku organize outing paling bersepah untuk budak2 utem, makan sendiri2 hidup, transport pandai2 sendiri cari


popshovans

thanx dr.Z selama sy berada di Danau. mana terlebih mana terkurang, mintak maaf banyak2. pasti sy akan singgah nanti.


tong

all the best!!


pu3

haha razifffffff =)


hafisdn

hoho..pgwai sikarang aa. anyway tahniah slmt bekerja. si rushdan kat keje kt upm pagawai IT. keje gomen ble seang wat loan. on going g a isi brg lect.ke? join politeknik.

p/s-nak honda city baru? special price utk ko. jgn lupe call.


popshovans

thanx, ya ni memang tengah menunggu panggilan lecturer poli ni, tapi mcm biasa la KPTM memang lembab dan lemau.

rusydan citer ari tu nak business jual kain batik dengan abg die, ntah mana satu yang betul.

lu skang jadik ejen jual keta ke? mcm2 ada ni siap dengan evo sekali ada tu, panas panas




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: