Rezeki Ramadhan

2009 August 27th
16 Comments

kad-ramadhan2

Salamat menjalani ibadah berpuasa walaupun puasa dah hampir seminggu dan jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan terbaik buat anda. Suasana ramadhan yang baru bagi aku untuk tahun ini.  Pertama kali berpuasa sebagai seorang pekerja, bukan lagi sebagai pelajar. Pertama kali berhempas pulas dalam kesesakan jalanraya semasa pulang berkerja, damn aku memang tak suka buang masa dalam kereta aku yang tahap panas dia sama macam duduk dalam enjin, ditambah tekak kering bulan puasa. Terasa seperti di Ulu Zimbabwe. Melihat perangai-perangai pemandu tak reti bahasa, sesuka hati abah beliau potong que, macam beliau sorang yang lewat, padahal orang lain pun nak balik jugak, membuatkan aku rasa nak terajang ekzos kereta mereka sekor-sekor. Nasib baik bulan puasa, kalau bulan zulkaedah ke bulan rejab ke, memang siap!  Kalau nak potong que sangat, pegi potong keta Que Haidar.

Hampir setiap hari pulang lewat, jarang-jarang dapat pekena pasar ramadhan, cuma rezeki terserempak dengan peniaga-peniaga juadah berbuka di tepi jalan dalam perjalan pulang, sempat la aku rembat mana yang ada untuk bekalan berbuka di rumah nanti. Hebat juga dugaan ramadhan aku kali ni.

Ramadhan bulan ini, ada la sedikit rezeki yang aku dapat. Cukuplah untuk menambah baik taraf hidup aku untuk hari-hari mendatang. Job freelance agak banyak untuk aku pada bulan ni, walaupun bulan ni memang aku agak pasif, tak banyak buat kerja tak tentu hala.

xeemx

Job for designing and conceptual logo for Xeemx MHA Media & Network. Sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan multimedia (web, animation, printing dll.) dan rangkaian. Boleh layari Xeemx untuk keterangan lanjut.

vipre

Job for designing advertising for Vipre Antivirus untuk dimuatkan ke dalam Majalah PC keluaran bulan 9 kalau tak  salah aku. Vipre Antivirus ni merupakan antivirus terbaru dalam pasaran dan antara yang terbaik dipasaran. (Mengikut testimoni user, aku tak pernah guna). Whiz Solutions yang merangkap pengedar tunggal antivirus ini di Malaysia. Untuk keterangan lanjut mengenai antivirus ini, boleh terus hubungi mereka.

darusaalam

webucation

Dua laman web yang aku design, still under construction, insyallah sebelum raya siap belaka. Webucationtimes sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-learning dan Darussalam Tambun, sebuah badan kebajikan rumah anak-anak yatim.

Terima kasih kerana mempercayai hasil kerja aku dan insyallah aku cuba deliver sebaik mungkin. Raya tahun ini, pertama kali aku akan beri duit raya kepada anak-anak buah aku serta mak bapak aku. Amin..

16 comments to...
“Rezeki Ramadhan”
k.e.r.i.

duit raya aku jip?


fairuzara

nie first time komen nih.
suke betul la tangan seni kamu.
pinjam boley?
serious.
well done anyway.
and
selamat berpuasa. :)


langlegar

alhamdulillah ade rezeki kala bulan Ramadhan yang mulia..
keep on doing the good job Ajip..


missc0mot

a’ah…suke gak tgk design itik ni…smart jerk..
nk pjm tgn ugak n otak skalik..nk amik trus bole x… kikiki…

~nak wet ayeee…(o,-”)


Odette

ajib sudah kaya~ hohohoho


abdusfauzi

alhamdulillah, ada rezeki utk ko bulan puasa ni :)


Hakim

bilo lg nk bukak company sndri??wat kerjasama ngn danau…hehehe


Mzz Nina

go ajib!!!


popshovans

ko tu layak memberi dah, bukan menerima weh


popshovans

thanx cik fairuzara :)


popshovans

itik, blaja illustrator elok2 ye.. jangan malas!


fendy

rindu bazar peringgit la jib.


Munirah Abd

kencang kencang…

duit raya utk aku ada x??
ko agi kaya dari aku..
so harus ada :p


ida

abg ajib… nk duit ghayo…


zool

Tahniah.. Bagus kalau bagi duit raya untuk mak bapak.. byk berkatnya


kakak kameremannn..

beli baju ayah sekali ajis, dgn mak..hehhehe.. ayah XL, mak M




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: