Buka Puasa
Dah lama aku tak tulis entri makan-makan, sempena bulan puasa ni memang tak sah kalau takde majlis buka puase, jadi pada 12hb September 2009 lepas, majlis berbuka puasa FTMK batch convokesyen 2009, telah diadakan di Big Mama, Kampung Baru. Majlis ini anjuran Pegawai Kerajaan SYMP iaitu Pn Huda. Sambutan yang agak hangat, kalau tak silap ada 33 hadirin yang hadir walaupun venue sesak gila dan banyak godaan mata, godaan hati dan godaan jiwa. Memandangkan menu istimewa untuk majlis ini adalah kambing panggang, dan aku memang pantang dengar bunyi menu berasaskan kambing, nak tak nak aku kena mari.
Dia punya adventure nak sampai ke Big Mama ni, boleh terjelir lidah dia punya haus. Ini merupakan majlis berbuka puasa paling challenging dalam sejarah berbuka puasa aku. Bertolak dari Kinrara pukul 3, drive 2 jam, sesat cari parking, maki-maki remaja india bawak kereta macam kt New Delhi, pekena Lowyat setengah jam, naik Putra, naik Star, naik Monorel, cilok mencilok dilautan manusia urban, karate tengkuk kucing, telan air liur redah pasar ramadhan Kg. Baru dan akhirnya pukul 7 kami sampai ke destinasi berbuka. Rasa macam pelancong korea die punya semput round KL. Sampai-sampai je, bukan main ramai lagi manusia, semua muka lapar, kambing yang aku idam-idamkan dapat telan 2 3 hiris je. chis! Tapi menu lain kire boleh la, kalau dah lapar memang aku sapu belaka. Apa-apahal pun, terima kasih pada pihak penganjur dan rakan-rakan sumer. Dah besar-besar dan berkerjaya belaka semuanya. Tahniah dan selamat bergraduasi dengan rasa best. Aku cool, no big deal. Enjoy the photos, selebihnya nanti aku rajin aku upload dalam flickr
Muka jenis pantang tengok kamera
Ntah puasa ntah tidak, buat muka puas hati belaka
Kere macam biasa, buat perangai tak tentu hala
Sekali lagi Kere buat perangai tak senonoh
SYMP dan pembantu beliau tengah kira hasil jualan malam tersebut
Muka nak mintak siku
Next trip, i’m going to Korea next year. Han Jieun, here i come….!






















“Buka Puasa”