Monolog Travelog

2010 May 11th
16 Comments

Selamat kembali ke Popshovans setelah hampir 2 bulan terbengkalai akibat serangan Malware dan kesibukan duniawi. Banyak yang tidak berfungsi dalam blog ini sehingga google mengklasifikasikan blog aku ni sebagai merbahaya. Nasib menyebelahiku selepas melakukan process recovery, semua kembali seperti sedia asal tanpa anda perlu rasa was-was untuk melayari semula. Tak keluarnya muka Maria Ozawa, Sasha Grey kalau masuk blog aku sekarang ni ya. Isi kandungan semua suci. Tapi seriusly  sudah lama benar tak merapu dalam blog sendiri, asyik-asyik dengan kemaskini tugas fotografi perkahwinan, sampai nak menulis pun rasa sangat kekok. Rasa nak jadi rajin menulis semula.

Banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ini yang kadang-kadang membuatkan aku hampir putus asa dan hilang semangat. Betul-betul menguji tahap kesabaran dan kemampuan aku, tapi itu lah, hidup kalau tiada turun naik, memang kita tak akan belajar apa-apa. Belajar dari kesilapan, belajar memaafkan sesuatu perkara, belajar untuk setia dan satu prinsip yang aku pegang sekarang, seburuk mana orang perlakukan kita, sampai tahap diri rasa macam sampah tak berguna pun, just balas dengan senyuman dan doakan yang terbaik untuk mereka-mereka. Walaupun rasa hati ni dah jadi macam batu.

Dalam masa 2 tahun, dua kali aku berpindah dari satu tempat ke tempat lain demi mencari rezeki halal, mencari pengalaman serta mencari peluang untuk memperbaiki diri. Dari selatan ke utara aku berhijrah, dari Melaka ke Putrajaya, hampir 8 bulan pahit manis aku disini dan kini, aku menetap di Pulau Pinang. Tak tau macam mana nasib aku disini dan selama mana pula aku menetap disini, mungkin 4 atau 5 tahun lagi barangkali. Masih dalam proses membiasakan pergaulan dari loghat yang berlainan. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Alhamdulillah mungkin rezeki aku disini dan aku akan pergunakan sebaik mungkin peluang ini.

Pernah aku dengar pepatah mat saleh, “If you fail to plan, you plan to fail”. Tapi sesuatu yang tidak dirancang itu lah yang selalunya datang dengan sendiri, tanpa diduga, tanpa disangka. Pernah aku merasa, merancang bagai nak rak, lakukan segalanya dengan bersungguh dengan harapan supaya semuanya akan jadik terbaik dan berjalan lancar. Tapi rezeki masih tak menyebelahi aku, nak blame siapa? Salahkan diri sendiri sebab terlalu taksub dan lupa. Hidup tanpa dirancang mungkin boleh menjadikan hidup lebih penuh dengan kejutan dan kekecewaan barangkali.

Walaupun hidup aku asyik berpindah randah, kerja-kerja fotografi aku masih berjalan seperti biasa, walaupun jarak aku semakin jauh. Masih setia dengan bidang ini dan masih lagi memperbaiki mana yang patut. Aku masih mampu untuk menjadi survivor di negeri orang.

Terima kasih kerana berjaya membaca sehingga ke perenggan ini. Aku tau masih ramai sahabat-sahabat aku di luar sana yang aku boleh anggap sebagai sehabat susah senang. Terima kasih atas sekongan anda. Life goes on, keep in touch, senang-senang mai Penang.

16 comments to...
“Monolog Travelog”
Munirah Abd

aku nak baca sampai abis tapi tulisan font blog hang ni buat aku susah nak membacanya. haihhh


ramiza

tahniah pada aku sbb rajin baca smpai abes..
haha kalu aku p penang banja ak mkn sdap2 buleh?


momo

belajar2..hidup kne terus belajar..teruskn usaha kamu..


momo

teruskn belajar..smoga sukses ya.


momo

u rs mcm nk lempang ke?? hukhuk..


nur zulaika poly student

emmm..x sangka this blog belongs to my lecture..hehe welcome to penang..n smoga sukses dlm apa jua bidang… (^_^)v


Munirah Abd

omg!! ur student found out ur blog dude!! watch out!! hahahha


popshovans

@momo : ye ye belaja yey!
@student : thank, gud luck to ur final exam
@mun : gosssh! watch out, silent pls! haha


radigz

lolx kantoi suda…xlame lg merebak la tu jib…awas!! haha


raditzfarhan

lolx kantoi suda…xlame lg merebak la tu jib…awas!! haha


hanif nasir

hahaha.. ajib, pasni student ko nk kawin dia cari ko la.. wakakaka..


popshovans

boleh takdehal business purpose. haha


student

klu student kna kasi price cun2 lah kn?hehe


popshovans

student kasik price double hah


student

uih..kejam sgt 2..klu pkai student card msti da less..kan3??hahaha


ifa

en diskaun la skit…




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: