1st Step Music Fest 2008
Semalam 10 Mei, aku sudi meluangkan masa kualiti aku untuk turut serta menyaksikan satu lagi gig anak muda di Melaka ini. Bertempat di Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh, gig anjuran yD entertaiment & Suria fm (correct me if i’m wrong) menampilkan 10 kumpulan kugiran merdeka (sebut band indie). Boleh tahan banyak kumpulan kugiran merdeka yang perform. Tapi macam biasa la, aku lost ntah mana satu kumpulan kugiran merdeka yang perform dulu, aku main layan je sumer, aku bukan kenal sangat pun sapa yang perform. Sound system dah masyuk, tapi sound microphone pula macam harem, tak berbutir langsung, berdengung je bunyi. Microphone beli kat Mydin barangkali agaknya. Ntah ape vokalis tu sebut pun sepatah harem aku tak paham. Main hangguk je kepala. List kumpulan kugiran merdeka yang perform petang tu ialah Couple, Nerdluck, Rock & Rock John, Rabiyas, Julies Goes Overseas, The Fingerfault, Half-Asleep, Honey B, Twenty 6 Eleven, Cynosure. Dalam banyak-banyak kumpulan kugiran merdeka tu, Rock & Rock John aku rasa macam best sikit untuk dihangguk-hangguk, tapi overall mantap!
Venue yang sesuai, crowd yang agak ramai, maybe around 200++, kadar kekerapan membuat crowd surfing adalah 10 minit sekali surf, pada yang rasa tulang tengkuk belum cukup kuat, dan kapasiti melebihi 80kg, aku cadangkan jangan nak memandai buat crowd surfing. Di khuatiri crowd tukang sambut kat bawah stage menerima padah yang sama.
MC gig pun comel, pandai memikat penonton lelaki yang gersang, haha, gadis-gadis gig agak ramai menempel sana-sini, booth jual baju pun boleh tahan banyak, tetapi malangnya aku balik awal, tak sempat nak layan sumer kumpulan kugiran merdeka sampai habis. Pening kepala, ngilu gegendang telinga aku duk sebelah speaker gedabak besar 4 jam. Ada 3 band last aku da tak larat nak layan, lenguh kaki aku berdiri lama-lama.
Sambil melayan hangguk kepala, henjut-henjut kaki, Sempat aku jugak main bermain-main dengan Fog Machine dan lampu disco, ala lampu yang bulat-bulat banyak cahaya warna-warni tu la, dalam scene disco citer Sembilu Kasih ada pakai lampu ni. Setailo beb mesin asap ni, ia dapat memberikan efek yang sungguh lawa. Sila klik thumbnail dibawah untuk tumbesaran yang sihat.
Sekian persembahan untuk kali ini, enjoy the photo and support your local act! Pesanan dari penganjur gig, “no alchohols, no drugs, no violents, just musics & friendships “
p/s : Semua photo adalah fresh dari kamera, tanpa melakukan sebarang pengubahsuain kecuali croping dan resize.

























“1st Step Music Fest 2008”