Beach Party BITS 2008
[audio:Couple - Tentang Kita.mp3]
Ya, pesta muda-mudi paling grand untuk season ini sudah selesai dengan jayanya pada 17hb &18hb Mei yang lepas. Bertempat di Tanjung Bidara Beach Resort Melaka. Pesta muda-mudi ini di organize bersempena nak berakhirnya pengajian kami di UTeM yang tak berapa aku cintai ini. Walaupun ada sedikit kepincangan pengurusan, tapi takdehal la, janji semua enjoy dan mandi-manda sampai kecut. Terima kasih kepada Chief Da Mission, Cik Jijah Glitter yang bersusah-payah menguruskan serba-serbi. Ya aku tau, bukan senang nak handle and manage semua ni. Seronok itu ada, dan rasa sangat cool, masalah kecik-kecik tu, hope dilupakan orait?
Satu pengalaman baru yang aku akan ingat sampai aku jadik Dato’ nanti. (Ko jangan tak percaya). Makan dan minum aku memang puas hati, sampai ukur lilit pinggang aku mengembang 40cm. Pagi petang siang malam makan je. Makanan paling mantap dan sedap, sudah tentulah malam BBQ tu, weh sapa yang perap ayam tu? Bapak punya sedap dia punya rasa, Kenny Rogers pun tak sesedap tu. Untuk pengetahuan semua, aku balun 7 ketul ayam, 4 Sosej, 1 Ikan Bakar, Coleslaw, Nasi Goreng, Pisang. Amacam? Perut korang muat ke nak challange aku? Penginapan plak walaupun aku rase resort ni macam dah buruk, tapi nasib baik ada aircond dan katil yang empuk. Layan jugak tido…..
Kesimpulannya, aku rasa enjoy dan paling best sudah semestinya aktiviti mandi pool! Yay! Sekali lagi untuk pengetahuan semua, aku memang pakar dalam renang kuak lemas dan kuak cacat. Teringin nak pelajari, sila-sila tinggalkan pesanan, temujanji akan diuruskan. Kepada Wana, ko nak berenang tu, jangan main terjun je, cuba test-test ngan ujung jari kaki ko dulu, kang tercungap-cungap. LOL (mesti hangin lagi kalo die baca ni)
Terima kasih kepada semua classmate tumpangan aku yang sporting dan cool. Hope lepas ini anda-anda semua menjadi manusia. Amin. Hope anda-anda sumer sebar-sebarkan la foto-foto dari kamera aku yang tak seberapa tu, untuk dijadikan kenangan dihari tua anda-anda nanti. Tunjuk la kat cucu korang yang korang ni masa muda boleh tahan gedik. Hahaha















“Beach Party BITS 2008”