Layan Tag Juga

2008 June 1st
7 Comments

Ape kebenda la main tag tak sudah-sudah ni, da la hutang hutang tag aku keliling pinggang. Bersempena dengan pembebasan aku dari belenggu tahanan Bandwith dan bagi mengelakkan aku dibelenggu hutang-hutang tag ni, maka dengan semi-pro nya aku membalas! 4 orang sekali taram. Subuh-subuh lagi aku dah on laptop. Amek ko Pendy, Topo, LanLegar, Pipiyapompong.

7 + 1 Fakta Tentang Daku

  1. Aku lelaki sejati, bukan separa pondan mahupun melakukan pembedahan tukar jantina.
  2. Aku main papan luncur dah masuk 6 tahun tapi harem tak khatam-khatam lompat tangga mengikut gaya Ali Boulala
  3. Pakai jam tangan kanan
  4. Rambut tak shampoo 2 hari, kelimumur dah berkoyan-koyan keluar.
  5. Aku kalau makan pedas atau kena sinaran matahari direct mesti kulit kepala gatal dah tahap macam nak cakar-cakar je. (Walaupun aku da shampoo secara intensif)
  6. Tak reti main Remote Control Helicopter, apatah lagi bawah helicopter.
  7. Suka menebas semak, menebang pokok yang tak membuahkan hasil, jikalau balik kampung.
  8. Suka layan Asian Food Channel. Kat Astro ada ni, korang picit 703.

7 Perkara Menakutkan Daku

  1. Matematik Tambahan tingkatan 4 & 5
  2. Kena panggil buat kira-kira matematik di papan hitam serta whiteboard
  3. Pelempang Guru Penolong Kanan Sekolah Teknik Kuala Lipis
  4. Patah gigi kapak (Centrall Incisor), gigi taring (Canine) serta gigi graham bongsu (Third Mollar)
  5. Pakai towell pastu terlucut ketika jemur kain di ampaian.
  6. Lemas dalam swimming pool tatkala ramai gadis-gadis lain berenang macam ikan duyung.
  7. Tido bawah kipas syiling yang berkelajuan 5

7 Lagu Buat Masa Sekarang

  1. DJ Dave & Uji Rashid – Rintihan Rasa
  2. Placebo – Every You Every Me
  3. Pedro The Lion – The Fleecing
  4. Blues Gang – Apo Nak Dikato
  5. The Strokes – Take It Or Leave It
  6. Carefree – Belaian Jiwa
  7. Negaraku

7 Benda Yang Selalu Daku Sebut

  1. Weh!
  2. Amende……..
  3. On ke tak on?
  4. Bape kilo?
  5. Eh….susah-susah je
  6. Kepala lutut ko berjambul
  7. Gih!

7 Perkara Amat Bernilai

  1. Spek Mata (Kalau tak meraba-raba la aku)
  2. DVD Adobe Illustrator pirate
  3. Ilmu di kepala, ada ke pulak ilmu di dada, kepala ada otak, dada ada jantung ape?
  4. Maybank Card aku yang dah serpih dan melengkung
  5. Gambar aku masa baby, klasik hitam-putih
  6. Surat Beranak tahun 1985
  7. Wallet cap Leno yang mak aku belikan (Wallet paling top penah aku pakai)

7 Pertama Kali Dalam Hidup Daku

  1. Mula pakai spek ketika darjah 4 Epal
  2. Pandai mencarut ketika darjah 3 Manggis
  3. Pandai main batu seremban, tudung tin dan laga biji getah ketika darjah 1 Tembikai
  4. Makan budu ketika umur 15 tahun
  5. Berselisih dengan Siti Nurhaliza ketika tingkatan 3
  6. Berjaya menyelesaikan teknik Pengamiran dan Pembezaan ketika tingkatan 4. (Walaupun plagiat)

Sudah-sudah la tu..

7 comments to...
“Layan Tag Juga”
muniiera

hahah penah lemas gak ko ye!!

haha patah gigi ker?? ker cabut gigi?? kalau patah..waaa gila sakit..


Munirah Abd

sila jawab tag aku ..xkira..ko kan sempoi….


popshovans

bape kali aku kena tag da… tapi layan… zaz!!


pp

ah yang lu berlari bogel tu tak masuk pulak..cilakak betul..


popshovans

larian bogel aku dari rumah hke kedai runcit tu, tak sesuai untuk bacaan umum dol


amilah

takut add maths?
lol


humbleandmodest

kembali menjengah…




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: