New Host New Hope
Akhirnya sudah sekian lama aku mengidam berjaya jugak aku mengecapi kebebasan berkarya. Tak perlu lagi melayan karenah wordpress.com free yang macam-macam hal, itu-ini tak boleh. Usha – punya usha terjumpa satu hosting boleh kira murah la jugak dia punya pakej. Sesuai dengan aku yang baru menceburi bidang internet ini walaupun dah 5 tahun dah aku mengaji teknologi maklumat, tapi tak berapa nak pandai-pandai jugak. Hosting seal server. Aku rasa harganya memang berpatutan dan boleh la kalau setakat nak hosting blog. Semenjak dua menjak ni aku jadi rajin balik nak explore balik teknologi yang aku dah agak lama aku tak ikuti. Aku jadik malas main internet pasal kes saham internet la. Rugi duit aku akibat terpadaya dengan janji-janji pelabur internet yang memang harem. Swisscash, Hyip, Forex, Ponzi dan macam-macam lagi la aku join, semua tak menjadi. Rambang mata sangat tengok profit ribu-ribu.
Sekarang ni pun boleh dikategorikan sebagai newbies jugak la dalam scene blog ni. Dulu aku tak into sangat, ntah kenapa sekarang ni jiwa aku memberontak dan suka pulak menulis walaupun gaya penulisan versi tunggang langgang. Dulu tengok-tengok dan baca-baca je blog orang lain. Lama-lama macam best la pulak, pastu cuba-cuba, pastu dah tak tahan, aku memulakan langkah tempang, daftar blog kat wordpress.com. Daftar dah lama bulan 4 dulu dah pun, tapi entri kosong, sampai bulan 9 dulu, tetiba hati tergerak nak menulis. Lantas aku menulis dengan gaya sumbang tak ingat.
Baru minggu lepas aku upgrade guna hosting sendiri. Lepas aku beli hosting ngan domain dari sealserver tu, aku cuba-cuba la guna wordpress 2.3.1. Aku memang tak tahu menahu langsung nak guna wordpress 2.3.1, penat jugak aku search tutorial sana sini, dicampur pula dengan PHP programmning languange aku yang agak tempang. 3 hari aku ngadap, at last aku berjaya menggodek wordpress dengan jayanya. Bak kata orang tua-tua, usaha tangga kejayaan, barang yang lama usah dikenang, kalau dikenang merajuk lah hati.
Jadi, kesimpulannya aku suka guna wordpress pasal aku rase boleh mencabar skill programming aku yang dah agak tumpul sekarang ini. Semua aspek aku boleh belajar, programming, graphic design, photography and journalism dalam satu medium. Quite interesting and challenging











“New Host New Hope”