Flickr On Pop
flickr dengan foto memang tak dapat dipisahkan lagi keserasiannya. Ada DSLR takpe takde account flickr. ibarat ada kereta proton BLM tapi takde lesen memandu. Ibarat beli majalah Maskulin tiap-tiap bulan, tapi tak pandai nak bergaya seperti lelaki maskulin metroseksual. Ah lebih kurang macam tu la dia punya rasa ralat kalau takde flickr ni. flickr itu sebenarnya adalah satu komuniti fotografi yang bisa menyimpan dan berkongsi beribu-ribu foto dari serata dunia. Konsepnya sama dengan fotopages, menyimpan gambar secara online, cuma aku rase ke’best’an melebihi fotopages yang lembab itu. flickr juga sesuai untuk dijadikan portfolia hasil kerja fotografi anda, kerana ianya tersangat la mudah untuk digunakan dan viewer juga senang untuk melihat hasil kerja anda. Kalau bukan hasil kerja seni pun, hasil kerja merapu kita pun tak kisah la kan nak bubuh, kasik orang tengok.
Aku sudah ada flickr. Baru hari ini tergerak hati nak daftar. Segala foto yang aku rase macam best akan aku sumbat dalam flickr ni dan akan di ‘embeded’ ke dalam blog aku, so anda tak perlu susah-susah lagi nak load foto banyak-banyak. Slide show akan membantu anda melayaninya. Aku akan update from time to time. Jika kuantiti gambar yang nak dipaparkan itu melebihi 10 keping, flickr slideshow ini sangat sesuai untuk digunakan. Ada rezeki aku nak upgrade jadik flickr pro. Untuk info lanjut mengenai flickr on wordpress, anda boleh download plugin flickrRSS, dan langkah untuk install idgettr dan paul stamatiou. Go flickr yourself !
Gambar menceritakan segalanya.












“Flickr On Pop”