Eye On Malaysia Malacca
Eye On Malaysia kini di Melaka. Hati kecil aku menggeletek mengatakan teruja. Masa benda alah pusing-pusing ni ada kat Tasik Titiwangsa KL haram aku tak penah jejak. Sekarang benda ini datang sendiri kat aku, tak payah aku susah-susah pegi KL lepas ni. Dengar khabar kerajaan negeri Melaka dah beli roda besar ni dan akan kekal terus kat Melaka ni sampai ke anak cucu. Tapi posisi roda besar kali ini memang lagi dramatik, berada betul-betul di hilir Sungai Melaka dan menghadap Selat Melaka. Dia punya view, memang boleh bawak sampai ke sembahyang tahjud die punya rasa syukur lepas tengok kecantikan view disini. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk shot pada sebelah sunset dan sunrise, mesti lagi superb dia punya view. Sebelah malam pun agak menarik sebab ada effect pantulan dari Sungai Melaka dan bleh main-main dengan cahaya wa cakap lu. Jangan lupa bawak kamera kalau mahu terjah.
Aku memang bercadang nak menunggang roda ni secara rasmi pada malam aku terjah tu, tapi apakan daya orang Melaka semua tengah panik lagi, semua nak pekena roda besar, berduyun-duyun berbaris nak naik, atuk nenek yang jalan pun dah goyang nak jugak pekena roda besar. Padahal aku datang malam weekday, kalau malam weekend aku rasa boleh senget roda besar ni kena pulun dengan orang Melaka.
*Roda besar ni boleh tukar kaler time dia berpusing. Menggunakan teknik zoom in + second curtain flash lower shutter speed. Kalau tak paham, buat tak tau sudah.
*Eye On Malaysia yang mengadap Kuala Sungai Melaka diwaktu malam
*Sekali sekala gayat jugak pandang atas.
Dijemput warga Melaka ramai-ramai pekena roda besar, harga nak naik roda besar ni aku tak pasti pasal tak sempat nak tanya. Berapa kali dia pusing pun aku tak berapa pasti. Sesiapa yang suka tangkap gambar, jangan lepaskan peluang, satu lagi destina pelancongan baru di Melaka. Cuba jangan tak cuba!
















“Eye On Malaysia Malacca”