Destinasi Ku Yubiyu Mu

2008 November 16th
49 Comments

Photoshot yang dicanang-canang awal minggu dulu dan bertempat di Taman Botani Melaka dan sekitarnya, aku consider berjaya dilaksanakan, walaupun participant tak berkoyan-koyan, tapi lebih kurang 18 orang yang hadir, terima kasih kepada yang hadir. Sebelum ni asyik sembang dalam blog je, tak pernah sembang hati ke hati, jadi agak malu-malu duri semalu pada mulanya. Sempat jugaklah sesi ice breaking berkenalan dengan Yubiyu yang lain yang sebelum ni berkesempatan sembang dalam komen je, haha. Aku pun main hentam je pun arrange benda ni, datang sendiri-sendiri, makan pau McD orang lain, takde majlis makan-makan, doa selamat. Ape-ape hal, terima kasih atas kerjasama anda.

Selebriti blogger dipuja ramai Cik Chokilala Riang juga hadir ditemani kumbangnya, terima kasih kerana menghadiri walaupun anda agak pemalu orangnya dan asyik tersipu-sipan ketika beraksi. Berebut-rebut nak bergambar dengan Cik Chokilala Riang, tapi semua malu dan simpan dalam hati, main bisik-bisik je. Terima kasih juga kepada artis jemputan Wishbone dan Liyana Jasmay yang berjaya memeriahkan suasana. Kepada Yubiyu yang pertama kali jumpa aku, salam perkenalan dari aku yay!

Sedikit sebanyak fakta ulasan rapat umum kali ini :

Objektif : Rapatkan silaturahim serta beramah-mesra. (85% tercapai)

Agenda : Sesi fotografi kenang-kenangan serta bersembang (100% tercapai)

Relevan : Supaya hari tua anda nanti lebih bermakna, boleh la sembang dengan anak cucu anda yang anda dulu ni Yubiyu sambil tunjuk gambar lompat terkangkang (Ramai yang berjaya mengangkang)

Artis jemputan : Wishbone dan Liyana Jasmay (Hadir)

Apa yang perlu anda buat : Makeup sehabis jelita, dressup sehabis menawan, dahi kasik licin (dahi 75% licin)

Apa yang perlu anda bawa : Bawa diri sendiri serta mengenakan T-Shirt Yubiyu, bawak botol air kot-kot haus sangat ke melompat tak reti-reti nak berhenti nanti (95% memakai t-shirt rasmi)

Makan-makan : Sendirian berhad di restoran berdekatan (Sempat pekena McD berdekatan)

Minum-minum : Sendirian berhad di restoran berdekatan (Sempat pekena McD berdekatan)

Kamera aku berjaya menghasilkan 209 keping gambar secara kasar dan dicampur dengan kamera miejot aku tak tau la berape ratus keping lagi jadiknya, terima kasih kepada meijot yang sanggup bersusah payah datang dari jauh. Sapa tiada wajah dalam blog aku nii jangan berkecil hati, aku upload semua dalam flickr aku nanti. So kepada siapa yang berkenaan yang tak sabor nak tengok wajah-wajah anda beraksi malu, tunggu aku edit dulu semuanya dan upload semua gambar dalam flickr. Banyak woi, letih aku nak upload satu malam. Siapa nak yang raw image dan yang bersaiz besar, boleh hubungi aku secara personal.

Beli sikit-sikit, pekena ramai-ramai

Ha itu je la..

Ha ini je la…

Kami comel kan kan?

Pendy dah start buat perangai tak senonoh

Pendy dah makin tak senonoh, Zaren pun hampir jadik tak senonoh lepas tengok keletah Pendy

Ni kalau The Times ada, mau menggelupur nak menyelit bergambar dengan Wishbone

Macam adik-beradik!

Manja la sangat

Pendy makin parah, yang lain tu sama je meroyan

Dua lelaki main cak-cak pulak da..

Tadi main cak-cak pastu gadoh pasal main cubit-cubit terkuat pulak cubitnye, makan kaki terus

Gambar paling misteri hari tu, mak aku cakap kalau tangkap gambar time maghrib memang selalu jadik macam ni, tapi betul ke ni gambar Seyn?

Aku dah cakap tu bukan seyn, tu maoz!

Secara keseluruhan tiada sebarang kejadian yang melanggar hukum syarak berlaku, tiada aksi dedah dada, cuma aksi terselak baju nampak perot boyot yang tidak disengajakan. Semoga hari tua anda nanti lebih bermakna. Sape yang tak berkesempatan maybe next time ya!

Ulasan lanjut : Topotato, Chokilala, Fndy, Fikriworld, MohdAdil, Langlegar, Dona, Ana, Shepa, Seyn

49 comments to...
“Destinasi Ku Yubiyu Mu”
Iovantgarde

hoyehh..ak menjadi org pertama komen..walaupon gambar ak tak banyak,ak menantu ko upload gambar dlm flickr plak..
so far,perjumpaan sgt best walaupon ak tak dapat bergambar sgt dgn chokilala riang,,haha


topo

hoho ade gak terselit gambar aku..


fendy

session 2. mungkin aksi makin parah!


oDiN

Wooot ..
X sangke ada gambar aku jugak


zymn

gambar aku mane??

aha.. takpe. tunggu next rapat umum, akan ade sorang lagi (bakal) photographer ^_^

tunggu..


abdusfauzi

Aku NMPK! gmbr TOPO and ODIN! haha. dedua ni.. suka buat muka bajet jambu. LOLS!


adil

hahaha… besh!


[...] saja! Semalam aku berkesempatan untuk hadir menunjukkan muka sewaktu sesi yubiyu photostream yang di’anjurkan oleh razifmustapha. Ramai rakan² blogger yang aku cuma kenal’nya [...]


miejot

aku demam..terbaek.sampai2 umah je demam.kang da elok aku kasik gmbr kat ko gune ym.


Munirah Abd

@zymn,

yeahhh betul2x…hikssss


Munirah Abd

@abdusfauzi,

erk odin jambu….
hahahhahaha


Munirah Abd

aku jeles!!!!
huarghhh razif bila next!!!
make sure time awal2x gaji arrr
ni time sengkek…xbes arr nak bergerak time sengkek!!!


Munirah Abd

Liyana jasmay tu budak mana wei..
awat aku xpenah nampak kat utem???
dia yg ko citer tu ker???


abdusfauzi

@Munirah Abd, betul.. tgk la gmbr2 tu.. ade tutup mate lagi.. haha.. topo tu, my ex-classmate in Secondary school. called as NORZENG too. hahaha.


langlegar

kondisi fendy lagi parah dari aku rupenye..
seryus smalam punye photoshoot kejap aje tapi sampai rumah aku mmg flat out la..
terus terbongkang tidor haha..


ramiza

ye..anda bjaya mbuat ak jeles..
waaaaaaaaaaaa


shepha

@ramiza,
ala mija.
ko g tgk world cup asia lg best maa.kui3


saffa

Uh.. Sangat jeles.. nampak sangat seronok!!


seyn

semalam baru kenal siot sape lang legaq,topotato ngan odin.dorunk memang rockstar!

tapi tak dapat kalahkan bintang utama semalam,chokilala riang.tapi sayang,tak ada gambar dengan chokilala.haish..


chokilala

kenapa aku diperkotak katikkan ni? cis sungguh. aku kan pemalu orgnye. lgpun muka aku mahal. lol

bkn malu apa, pening duk pk bila nye nak start. pastu da start, bilanye nak abes. buku bahasa mandarin dgn hubungan etnik da memanggil2 kat umah. aku ada 2 paper esoknya

btw, nice to know korang sume. baru la tau kekacakan korang sume. tuan blog terkecuali sbb kurang kacak. kehkeh


popshovans

@Iovantgarde, aku menantu ko? hahah eh sejak ko kawin ngan anak aku ni? haha. chokilal selebriti blog dowh, glamer die ramai peminat


popshovans

@Munirah Abd, aku ajak ko tak nak mai, tu la….haaaa


popshovans

@abdusfauzi, topo ngan odin memang intim


popshovans

@adil, thank kerana menghadiri majlis huru-hara ini


popshovans

@miejot, thank kepada ko miejot, ko memang terbaek


popshovans

@Munirah Abd, ko memanjang sengkek, tak penah tak sengkek, adoiii


popshovans

@langlegar, aku da pesan awal2, lutut kasik service ko degil, hahak


popshovans

@saffa, seronotnye!! ngeeeee hai saffawati kembar Aishah Rozi, huhu


popshovans

@seyn, chokilal beliau memang seorang selebriti yang letup


popshovans

@chokilala, ala, apa sangat la bahasa mandarin tu choki, hub etnik tu celah-celah gigi je study. by the way, jangan marah, gurau-gurau and thank kerana join, ko memang ramai peminat la seyes beb.. aku tau dalam ati ko nak ckp aku kacak sekali kan? hahahh


langlegar

@popshovans, haha sebenarnye semalam segan ala malu2 kucing gitu bile jumpe semua orang..tapi bile mood lompat tu dh kick in,memang xingat dunia jugak r kan haha..


mahamdan

hu hu, besh he. next time aq join. aq tak nampak pon wak. vocalis x datang ke?


popshovans

@mahamdan, wak pegi berkasih syg la plak time tu, maka dengan rasminya tak dapek nak join. next time bro, jgn lupa


adil

@popshovans, no hal punya!


topo

@Iovantgarde, cik chokilala bawak bodyguard la.. kalo xde bodyguard memang tak menang tangan dia digambarkan tu.. hohooho


topo

@abdusfauzi, OI.. ape yang ko cerita kat sini ni hah??? hohoho nak kena serangan balas ni… hohohoho


topo

aku tercari-cari mana gambar yang bersama dengan chokilala tu… hohoho nasib baik dia bawak bodyguard je.. hohoh kalau tak memaang tak menang tangan la chokilala nak layan peminat… hohoh liyana jasmay pon kalah..


Glitters Sara

tahniah!!
len kali nyer rapat umum ko doakan aku dapat datang na..
kejelesan masih dapat dibendung agi..kihkih..


[...] yang telah diwar-warkan di blog Popshovans, target untuk gath ni telah tercapai. Seramai 18 orang pemblogger UTeM telah menghadirkan diri [...]


iovantgarde

@popshovans, bukan menantu,tapi menanti..ak amek dah kat flickr ko,,bapak lame..chokilala tu selbriti ubiyu ke?ak tak pernah jumpe dowh..hahaha


iovantgarde

@topo, liyana jasmay celup ak rase..huh..aku tertipu..huauhauaua


mahamdan

@popshovans, baek


[...] sengal dan macho rakan-rakan perjuangan aku di yubiyu.. hohooh credit gambar kepada saudara razifmustapha aka popshovans macam biasa.. klik untuk paparan lebih besar [...]


odette

@topo, 2la psl.. segan ngn bodyguard cik chokilala riang.. kalo x, msti dh kua dh satu post spesel “b’gmbr ngn cik chokilala riang”. haha..


Saffa

@popshovans, Erk!………..


shatilah zakaria

jumping syndrom tak dapat buat byk.
tp besh tol bile ushar balik pix.
para YUBIYU sume chumel chumel belaka.

** UBU @yubiyu wajar dapat award paling ramai ahli chumel


popshovans

@shatilah zakaria, aku pun ada terpikir nak buat award di kalangan yubiyu, award mcm ala-ala orang selalu buat tu, blog paling kreatif la, blog paling aktif la, blog paling comel la, blog blog bagai-bagai lagi, amacam? Bernas?


shatilah zakaria

haha itu la yang paling best. kita mengantara-bangsakan lagi yubiyu.


[...] pun korang leh klik mana2 nama ni..sbb dorang ni pun ahli kelab Yubiyu-> razifmustapha,mohdadil,chokilala, iovantgarde fendy, zaren, shatilah, and etc..gi cr sendiri lah weh..haha..rmi [...]




(required)



(required) (Won't be displayed)


Your Comment: