Fate and Future
*artwork and photography by me : addicted (abaikan expressi muka beliau)
Awas, entri berbaur jiwa melankolik. Aku semakin menghampiri hari-hari terakhir aku sebagai seorang yang bergelar pelajar, mungkin selepas ini tiada lagi sesi datang dan tidur dalam kelas, sesi mendengar desis-desis suara pensyarah memberikan leteran, sesi lepak bersama teman-teman seperjuangan, berpesatuan, program, aktiviti itu dan ini dan sebagainya yang aku rasa boleh memberi sentuhan jiwa “student life”. Bermastautin di Melaka ini membuatkan aku rasa waktu berjalan dengan begitu mencucuk-cucuk sekali, pejam celik dan celik pejam-pejam, sudah hampir 3 tahun. Seakan berada di dalam time machine dan seperti menonton filem click. Mungkin selepas ini, hidup aku lebih mendebarkan dan lebih mecurigakan barangkali. Samada bekerja sendiri mengikut bidang yang aku rasa luas prospeknya ataupun hanya kerja kerajaan makan gaji, bulan-bulan masyuk gaji. Politik jauh sekali, aku serahkan kepada mereka yang mengaku pandai mentadbir negara, mahu korupsi, kronisme itu terpulang, perut masing-masing.
Ya aku rasa aku semakin tua dan malangnya sampai ke hari ini aku masih kabur-kabur lagi tentang apa yang perlu aku buat untuk masa depan aku dan kehidupan aku seterusnya. Aku pun tak tau apa yang aku terkejar-kejar sangat selama ni.
Tapi satu perkara yang aku makin hari makin berahi iaitu passion aku terhadap art, photography and music. Walaupun sepanjang pengajian aku di Institut Pengajian Tinggi Awam yang hampir 6 tahun ini (Dip & Deg), aku rasanya hanya 20% yang berkaitan dan praktikan. Pernah aku mendengar kisah, ntah siapa yang cerita aku lupa, kebanyakan daripada kita menuntut di IPTA, IPTS or tempat mengaji yang lain, mengikuti course yang mereka ambil bukan atas dasar minat or passion. Sebabnya macam-macam lah, ada yang ikut kawan, yang ikut cakap mak ayah dan ada jugak yang memang tiada choice lain. Nak masuk universiti punya pasal, dapat course perhutanan pun jadik walaupun jiwa berat ke arah seni lakon layar.
Aku tak nafikan, memang ada juga segelintir yang belajar di universiti memang minat dengan course yang mereka ambil tu. Minat, passion sealiran dengan peluang mereka dapat, memang mereka golongan yang sangat beruntung dan bertuah. (Kalau pandai hargai) Sebenarnya pada aku, memang takda masalah pun, saje buat statement macam ada masalah. Walaupun pada awalnya tak minat, dalam sesetengah kejadian, lama-lama mereka itu akan minat dan boleh bawak, cuma sesetengah kejadian yang jenis manusia main main harung je dan tak fikir panjang dan akhirnya kecundang, fail, kena buang.
Dalam konteks ayat diatas, dapatlah aku merumuskan, jangan siakan peluang walaupun peluang yang kita dapat itu kita tak berbaloi dan mungkin berbaloi pada orang lain. Jangan korbankan minat anda semata-mata ingin kejar benda yang masih kabur dan tidak pasti. Buat sesuatu secara paksa rela dan tanpa kemahuan, aku rasa takkan kekal lama.
Minat + Passion = Kejayaan
Belajar + Tak Minat = Kurang keyakinan
Passion + Minat + Belajar = Kejayaan Kuasa Dua
Tak Passion + Tak minat + Tak Belajar = Jadi Kutu
Takdir dan masa depan anda tentukan, takkan ada sebiji kereta sport Ferrari Enzo turun dari langit kalau tak usaha, renung-renungkan, rezeki masing-masing dan jangan give up. Terima kasih kerana membaca sampai ke hujung dan selamat bercuti kepada warga UTeM serta yang lain-lain yang turut bercuti.
p/s :Aku tengah bosan sebenarnya












“Fate and Future”