About Me
Nama saya Mohd Razif Bin Mustapha, umur 22 tahun 3 bulan 27 hari ketika aku menaip ini muka. Tinggi 170cm dan saya rasa memang tahap tumbesaran saya sudah mencapai tahap optimum, dan sekarang ni sudah masuk fasa mengembang pula. Berat saya skang 70.5 dan skala penambah beratan saya semakin hari semakin kencang. Harapan saya di masa hadapan agar dapat menghentikan proses evolusi pengembangan ini secepat mungkin. Dahi luas, mata sepet, perot bleh tahan boroi, kacak tak kacak sangat, berjiwa seni dah halus, sentimental seketika dan sejenak sahaja, seorang lelaki yang waras, sentiasa berwaspada, curiga, sifat ingin tahu, teknikal, menyerang bila di gang bang, membisu ketika blur, cermat di jalan raya, pandai menguruskan wang, toleransi yang tinggi ketika menunggu, sabar, berfikiran terbuka, kritis dan kreatif la sangat, gembira dengan kebebasan yang ada, bangga dengan nilai-nilai asia tenggara serumpun melayu. Berasal dari negeri tanah tumpah penyayi evergreen negara masakini Siti Nurhaliza di Kuala Lipis dan kini sedang melanjutkan (lanjut je bukan extend sem) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Melaka, atau sebelum ini lebih dikenali Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Saya mengambil jurusan Sains Komputer pengkhususan dalam pembangunan perisian (Bac. Science Comp, Software Development) Ketika ini saya dalam keadaan tertekan kerana keputusan peperiksaan saya agak lemas dan nyawa – nyawa ikan dan saya sedang berusaha memperbaikinya. Saya tidak berapa pandai sangat menulis tetapi kemahiran carutan dan rapuan saya agak memberangsangkan. Tetapi saya rase macam best aja mengarang blog ini, lantas saya pun turut blog sekali bersama rakan – rakan saya yang kebanyakannya memang SPM kertas BM dapat C3. Isi kandungan blog ini memang saya rase 20% aja berguna selebihnya hanya khayalan saya semata – mata. Tetapi pemikiran manusia sering berubah – ubah. Saya suka main papan luncur tetapi memandang usia semakin senja dan perut semakin memberangsangkan, sekarang saya hanya bermain ala – ala kadar aja. Saya lebih menjurus kepada permainan futsal cup de monde dan sekali sekala layan bowling ala – ala Esther Cheah dan sesekali sesekala saya layan Marie Digby Itu aja yang dapat saya luahkan setakat ini. Anjaklah paradigma anda sekarang. Feel Free to contact me
Surat Elektronik : bytecircle@yahoo.co.uk | razifmustapha.yahoo.co.uk | YM! : bytecircle













